Bismillahirrahmanirrahim.....
saya bukan lah insan yang sesuai untuk berhujjah dalam hal wahabiyyah, ahlussunnah, Syiah dan berbagai fahaman islam lain . Bukan juga tujuan saya untuk memanaskan keadaan yang sudah sedia panas dengan isu isu aqidah dan furui`yyah. Saya hanyalah manusia yang terlalu banyak perkara perlu dipelajari dari sudut akidah, fiqh, tasawuf dan cabang ilmu islam yang lain. Inilah hanyalah pandangan secara umum dan jangan lah diambil sebagai cabang ilmu yang disebut fahaman wahabi hatta ahlussunnah sekalipun. Hanya untuk kita, cuba berfikir sebagai manusia yang tergolong di dalam mereka yang berittiba` di dalam Islam.
sedikit cebisan dari pembaca TKO:
aku ni lembap gak bab agama bekas mat rempit ni tapi tuhan jadikan aku bijak menilai
maza cuba kembalikan umat islam kepada quran dan hadis yg sebenar bg aku, cuba jgn miss ceramah dia dan beli cd dia dan pahamkan kuliah ilmiah dia
ismail kamus pun aku layan tapi dia pun ok gak lawak gile tapi isi mendalam kalu tak paham kuliah dia kira org tu bangang juge le
TG nik aziz pun aku layan kuliah ttg kematian insaf aku
TG haron din pun aku layan kuliah ttg perubatan islam dan cara hidup semuanya berguna
mufti2 sume nya ok tapi pasal politik korang pecahbelah mufti
...............
sumber : ruangan TKO
saya kenal Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) kerana saya dan beliau sama sama menuntut di UIA. Cume bezanya beliau ketika itu sedang mengambil PhD sedangkan saya terkotak katik untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan. Saya selalu bertemu beliau (kadang bersalam selepas solat) di Masjid UIA.Saya menghormatinya kerana beliau lebih berilmu dari saya, tak kiralah orang kata beliau pengikut setia wahabi, pengikut buta Syeikh Ibnu Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Bagi saya " kebenaran itu hanyalah milik ALLAH semata".
"Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3).
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah (wafat th. 774 H) menjelaskan, “Ini merupakan nikmat Allah Azza wa Jalla terbesar yang diberikan kepada umat ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka.
Namun apa yang dikatakan "kekacauan" yang di bawa Dr. MAZA sehingga sekarang tidak pernah mengendur malah semakin hari semakin panas. apakah Wahabi itu benar dan fahaman islam di Malaysia itu salah? Apakah fahaman Dr. MAZA itu lebih tepat berbanding fahaman yang dianuti oleh ulama` yang lain? Apakah Ulama` 2 besar di Malaysia tidak boleh "disentuh" sekiranya ade sesuatu yang menimbul keraguan di kalangan mereka. Selepas kewafatan Rasulullah, tiada umat islam yang ma`sum (tergelincir dari kesilapan). Justeru itu, tidak mustahil setiap ulama di sepanjang zaman mempunyai "holes" atau "flaws" dalam penulisan dan pengajian mereka. Bukan tujuan saya untuk memburukkan ulama , pembawa risalah Rasulullah, namun ape yang berlaku hari ini, dengan Dr. MAZA berbalas hujah dengan Ust. Zamihan tentang wahabi, bidaah, Ibn Taimiyyah, Ibnu Qayyum menyelongkar hujah lawan masing 2. Saya dah tengok ulasan masing2 di dalam youtube, dan apa yang saya lihat tujahan mereka bukan bermaksud untuk penyelesaian khilafiah, tapi lebih kepada sifat ingin menegakkan pendirian masing, sedikit tergelincir dari tujuan menyusur keadaan khilafiah di dalam islam. Itu pandangan saya, harap2 sapa2 yang ta`sub kepada Dr. MAZA tidak cepat melatah, begitu juga kepada pengikut Al-Ghari. Saya juga suka kedua mereka, mereka adalah di kalangan ilmuwan islam.
Saya amat tertarik kepada sebahagian penyampaian dari penulis pekanrabu.com:
"
Bagi diri saya, saya kurang berminat untuk mengetahui yang mana satukah di antara cerita2 ini betul dan yang mana satu tidak kerana kita sedia maklum bahawa fakta2 sejarah memang mudah untuk diselewengkan oleh pihak2 yang mempunyai agenda2 mereka yang tersendiri. Oleh kerana saya tidak hidup di zaman itu, adalah sukar bagi saya untuk mengetahui dengan pasti tentang ceritanya yang sebenar. Kalau ditinjau dari maklumat2 yang wujud pada hari ini mengenai beliau, ada lebih banyak yang mengutuk dari yang menceritakan tentang sumbangan beliau. Saya dapati sukar untuk menerima maklumat2 ini secara bulat2, lebih2 lagi bila saya lihat kebanyakkan darinya dikeluarkan oleh organisasi2 atau orang2 perseorangan yang kuat mengamalkan tareqat dan bermacam-macam lagi amalan bid’ah yang lain.
Disebabkan ini, saya lebih berminat untuk mempelajari dan mengkaji tentang apakah pandangan beliau dari hasil2 penulisannya sendiri dan seterusnya membandingkan pandangan2 ini dengan Al-Quran dan Hadis2 sahih. Jika apa yang ditulisnya selari dengan kedua2 sumber rujukan yang muktamad ini, maka saya akan terimanya dengan rela hati dan berlapang dada. etapi jika apa yang ditulisnya bercanggah dengan Quran dan Hadis, maka saya tidak menerimanya. Saya kira sikap saya dalam menangani isu ini dengan cara begini adalah adil. Adil kepada diri saya, dan juga adil kepada Syeikh Muhammad sendiri kerana saya hanya menghukum sesuatu yang berada dalam lingkungan ilmu saya saja."
" Cintakan Dunia, Takutkan Kematian"
sekian

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(al Israk 36)
Hari ini, kita bertelagah antara sunni dan syiah, wahabi, dan fahaman fahaman yang lain sehinggakan masyarakat Islam Palestine semakin menderita kini akibat pencerobohan besar besaran yahudi, kemanakah hilangnya Pak Arab, yang menjadi pengikut kuat Wahabi, yang mengatakan pengikut sebenar ajaran Ahlussunnah untuk membantu, kemanakah perginya pengikut Ahlussunnah yang lain ? dan gembirakah orang syiah membunuh rakyat islam di negara Iraq semata2 mereka mengikut ajaran Ahlussunnah.?Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(al Israk 36)
" Cintakan Dunia, Takutkan Kematian"
sekian