Kita berdoa ketika bersolat




Di kala kita duduk antara dua sujud, ramai tidak menyedari bahawa kita sedang berdoa kapeda ALLAH, tuhan sekalian alam...Di mulai dengan penyerahan secara toal kepada ALLAH memalui doa iftitah, kemudian memohon kepada ALLAH kebaikan untuk kita sebagi hambaNYA semasa duduk antara dua sujud dan kemudian sunnah bagi kita untuk membaca doa selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam, meyerahkan diri kita kembali kepad ALLAH Rabbul izzati..



Doa iftitah:


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.


“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”



Doa duduk antara dua sujud:

 bacaan_duduk-2

Rabbighfirli – Tuhanku ampunilah daku
Warhamni – dan sayangilah daku
Wajburni – dan cukupilah kekuranganku
Warfa’ni – dan tinggikan darjatku
Warzuqni – dan berikanlah daku rezeki
Wahdini – dan tunjukkilah daku
Wa’afini – dan sehatkanlah daku
Wa’fu’anni – dan maafkanlah daku

Doa Selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam.


اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).



Perjalan seorang hamba



Ku mencari jalan pulang... aku di temukan dengan berbagai jalan.... aku berjumpa berbagai persimpangan...
Akan tiba kebingungan di dalam kalbu..
Arah mana yang harus di tuju...
Begitupun telah di bekalkan diriku dengan tanda arah yang dua.. Al-Quran dan Hadith Rasul...
Mudahan aku mampu mencari arah yang ku cari selama ini...
Bimbinglah aku ya ALLAHH.... Aku menaiki kapal untuk menuju ke satu pulau yang besar.... namun kapal behenti di satu pulau yang kecil.... lalu penumpang semua turun dan pergi ke pulau kecil... memungut segala bekalan yang bisa digunakan dalam perjalan ke pulau yang besar.. Namun ramai yang sudah lupa akan perjalanan mereka ke pulau besar... dek kerana sedikit nikmat yang terhidang sewaktu persinggahan mereka di pulau kecil.... padahal mereka lupa... nikmat di pulau besar itu jauh lebih besar dari yang mereka nikmati di waktu itu... berbahagialah mereka yang mencari keperluan sekadarnya lalu meneruskan pelayaran kepulau yang lebih besar itu......



Dugaan si manis bertudung labuh

Bagi sang puteri yang cekal hatinya dalam mengharungi kehidupan ini dalam keaadan mencari redha ALLAH, itu lah kemanisan yang sebenar bagi mereka. Salah satu perkara yang amat berat untuk di laksanakan adalah bertudung labuh. Sungguhpun di waktu pelajar sang puteri memakai kemas pakaian yang menjadi lambang muslimah, mujahidah islam, namun tatkala keluar ke medan yang sebenar, ramai yang tewas.

hilanglah keayuan yang sejati, kemanisan yang sejati. maka pudarlah ertikata melihat sang puteri , merasa dekat diri sang teruna dengan ALLAH. Hanya timbul di hati tuntutan nafsu semata.





Mudah semua mujahidah akan cekal menghadapi medan sebenar kehidupan dunia ini.

" Ya ALLAH, berikan kekuatan bagi mereka yang menutup aurat keranaMU ya ALLAH, dalam menghadapi perjalan hidup yang penuh dengan fitnah ini ya ALLAH."

Wahai si manis yang cekal bertudung labuh, bergembiralah dirimu di sini dan di akhirat kelak, selama mana kamu ikhlas hanya kerana ALLAH.


-Ibnu_

Chong Wei dan Solat Terawih

Malam nih boleh di katakan malam mendebarkan bagi rakyat malaysia. Menanti kemenangan sulung Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Dunia. Terlalu banyak yang di perkatakan, terlalu menggunung pujian. Namun akhirnya Chong wei kalah juga di tangan musuh ketatnya, super Lin Dan.

begitu juga, sedar atau tidak, malam ini juga merupakan malam mendebarkan bagi umat islam di Malaysia, khususnya pemain dan peminat badminton seperti hamba yang hina dina ini. ALLAH menzahirkan dugaan di pertengahan Ramadhan,bukan kerana bisikan syaitan tetapi mampukah umat islam di Malaysia ini menghimpit nafsu mereka, dan kecintaan mereka terhadap dunia, lalu dengan keadaan mencari keredhaan , mengadap ALLAH , berbicara dengan ALLAH di malam yang melimpah keberkatan dari ALLAH.

Mungkin jika dilihat dari sudut hukum, Solat terawih itu hanya sekadar sunat muakkadah. Namun, bagi seorang hamba yang tidak sabar menanti dan terlalu merindui Ramadhan, tidak akan cukup 30 hari itu bagi mereka. Tetapi bagi kita yang terlalu tipis iman di dada, Ramadhan itu umpama bulan yang tiada ape melainkan sedikit kelebihannya. Malah lebih teruk lagi ade yang menganggap bulan Ramadhan sebagai bulan yang membebankan.Na`uzubillah. Ape pun, Chong dah kalah. Walaupun orang kata rubber set la, deuce la, menang tipis la.....dia tetap KALAH. sudah tertulis di Lauhul Mahfuz.Dan bagaimana pula umat islam yang asyik menonton perlawanan sehingga kononya sangat mendebarkan jantung, menjerit, sedih tetapi sesungguhnya semua itu adalah untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, dapatkah umat islam yang menonton perlawanan Chong wei solat Isya` berjemaah di Masjid atau di surau? ALLAHU A`LAM.




RON95 naik 20 sen

Telah di umumkan bahawa minyak petrol RON95 akan naik 20 sen berkuat kuasa minggu depan di negara kita. Maka aktifla kembali bicara politik berkenaan isu minyak di kalangan orang awam, tak ketinggaln juga di tempat kerja saya. Ade yang mempersoalkan isu urus niaga dan eksport minyak petronas, yang mana kadarnya lebih tinggi dari minyak di negara yang lain. Ade yang mempersoalkan isu subsidi , yang mana penjimatan untuk subsidi itu akan hilang entah ke mana. Begitu juga isu kenaikan harga minyak yang akan di sertai dengan pesta naik harga oleh barang dagangan yang lain, terutamanya makanan, bermakna akan meningkatlah lagi kadar inflasi di negara kita.

Baru semalam saya di kejutkan dengan kedatangan surat dari pihak bank yang mengatakan bahawa BFR telah naik selaras dengan kenaikan OPR kepada lebih 30 %. Dan itu juga bermakna saya akan membayar lebih tinggi ansuran rumah start bulan nih. Namun ape yang ingin di kongsikan adalah bagaimana kita sebagai orang awam menguruskan situasi sebegini. Pertikaman lidah di kedai makan, hentaman di internet dan lain aliran hanya setakat mengalirkan air di daun keladi, malah tidak di serap hatta 1 milimeter padu pun air yang di alir. Maka harus kita berbalik kepada keadaan di mana minyak telah naik sampai RM 2.70 satu liter. perngurangan perbelanjaan tidak semestinya tepat...tapi perbelanjaan yang bijak itu kuncinya. Membeli sesuatu yang sepatutnya.

Berdoa mudahan ALLAH memberi keberkata kepada segala rezqi kita. Kerana rezqi yang sikit tapi berkat, amat mencukupi buat kita yang hidup di muka bumi ini. Sebagai orang awam, kembalilah kita kepada ALLAH, merayulah kepada ALLAH, senang dan susah itu juga datang dari ALLAH.

Begitu mudah aku lupa akan tuhanku

Begitu mudah aku lupakan ALLAH. Begitu mudah diri ini tergoda dalam urusan dunia sehingga diri lupa akan penciptanya. Begitu mudah aku melafazkan perkataan kasihku kepada ALLAH, begitu jua mudahnya aku melupakan ALLAH dalam kehidupanku sehari hari...

Alangkah sombongnya manusia ini. Setelah diberi begitu banyak nikmat daripada ALLAH, masih juga sering lupa kepada yang memberi nikmat dan rezqi kepadanya. Nikmat yang melimpah sering melupakan kita kepada Allah Pemberi rezeki sedangkan apabila ditimpa kesusahan barulah kita mengeluh resah memohon agar Allah menghindari kesukaran yang dihadapi. Wahai diriku sayang begitu angkuh, wahai hatiku yang penuh dgn kesombongan dan titik hitam, wahai akalku ingin jauh daripada ALLAH, sujudlah kepada ALLAH, Rabbi. Ingatlah ALLAH setiap masa.

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (QS. Fushilat [41]: 30)

Perubahan suami selepas berkahwin

Kenapa suami tiba-tiba sahaja suka melakukan perkara yang pada peringkat awal perkahwinan tidak melakukannya? Kenapa suami secara tiba-tiba terlibat semula dengan amalan yang telah ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin? Jawapannya tentu suami sahaja yang tahu.
Lazimnya isteri dalam keadaan itu tidak banyak soal sebaliknya membiarkan sahaja gelagat suami itu. Padanya kalau perkara itu adalah hobinya tidak boleh dihalang. Tetapi apabila suami sering melakukan amalan itu sehingga mengabaikan dirinya dan rumah tangga, barulah ketika itu isteri bising-bising dan marahkan suami.
Tanpa mencari puncanya, dia terus marah malah sering menuduh suami dengan pelbagai tuduhan liar. Kononnya suami sudah tidak sayangkannya. Malah ada yang menuduh suaminya ada orang lain. Ketika itu, suami tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab musababnya.
Bagi menyelesaikan masalah suka dijelaskan di sini bahawa kehidupan suami isteri yang paling indah hanyalah tiga bulan pertama perkahwinan.
Pada waktu itu semua yang dilakukan oleh isteri adalah baik. Begitu juga bagi isteri, apa yang dilakukan oleh suami semuanya baik dan disukai.
Walaupun hakikatnya mereka kurang bersetuju dengan perbuatan dan tindakan pasangan masing-masing.
Selepas tempoh itu, suami tidak boleh sabar lagi. Maka dia akan marah kepada isteri jika perkara yang sama terus dilakukan. Pada masa yang sama isteri juga akan marah kepada suaminya jika sikap suami yang tidak disukainya terus dilakukan. Di sinilah bermulanya permusuhan yang kadang-kadang berlarutan.
Sebenarnya, apa yang berlaku selepas itu adalah kerana kesilapan suami yang tidak pandai mentadbir dan mengurus kehidupan mereka. Suami tidak tahu berperanan seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Maka suami lambat bertindak sehingga akhirnya nasi menjadi bubur.
Ajaran Islam
Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU).
Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:
1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri
2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri
3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri
4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri
5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri
6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri
Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.
Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera.
Sebenarnya sikap suami yang membiar perbuatan buruk isteri diulangi beberapa kali akan menyebabkan teguran suami selepas itu tidak berkesan lagi. Oleh sebab itu, teguran mesti segera supaya ada kesan pengajarannya.
Dalam keadaan ini isteri mesti patuh pada suami dalam hal yang dipersetujui bersama. Dia perlu sedar bahawa membantah kehendak suami adalah derhaka dan itulah yang boleh membawa pergaduhan rumah tangga. Pada masa yang sama kalau suami yang melanggar peraturan, isteri juga hendaklah secara sopan menegur suami. Isteri juga tidak boleh menangguh untuk menegur kesilapannya.
Jika semua itu dapat dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti mereka akan mengenali hati budi pasangan masing-masing. Suami pasti tahu apa kesukaan isterinya dalam soal makan dan pakaian. Begitu juga isteri, dia sudah tahu apa yang disukai oleh suami.
Bukan itu sahaja, isteri juga sudah tahu apakah hobi suami sebelum berkahwin, malah sesetengahnya dengan sebab hobi itu jugalah yang menyebabkan mereka dipertemukan. Mungkin mereka sudah berjanji sama ada ingin meneruskan hobi itu atau tidak.
Realiti Pada Hari Ini
Berdasarkan pengalaman lampau, kebanyakan pasangan tidak membuat sebarang perjanjian seperti yang disebut di atas. Lazimnya pasangan itu tidak ambil kisah tentang hal itu, masing-masing bawa diri dengan kesukaan dan hobi masing-masing.
Toleransi, itulah pendekatan yang diambil oleh mereka. Apa yang suami suka, isteri tidak kisah, dan kalau suami tidak suka, dibiarkan sahaja. Begitu juga dengan isteri apa yang diinginkannya tidak pernah diambil tahu oleh suami.
Bayangkan apa yang akan terjadi jika keadaan ini berlarutan bulan ke bulan, tahun ke tahun. Bolehkah mereka hidup bahagia? Ya, kemungkinan kehidupan mereka akan mudah goyah dan lambat laun mereka akan bercerai.
Walaupun mereka sudah mempunyai anak yang ramai, namun kemesraan sudah tidak ada. Suami hendak menegur sikap isteri apa-apa yang tidak disukainya sudah tidak boleh lagi. Isteri juga tidak mampu menyayangi suami dalam keadaan itu kerana dia sudah tidak boleh menghormati suaminya sebagai ketua rumah tangga. Di sinilah berlakunya apa yang dikatakan retak mencari belah.
Hakikat yang Diabaikan
Sebenarnya lelaki apabila berkahwin dia mahu bermanja dengan isterinya dan mengharapkan dimanjai selama-lamanya. Apa yang menjadi idamannya pada waktu itu tidak pernah pudar apatah lagi pada usia tuanya.
Tetapi biasanya suami tidak mampu menyatakan rasa itu kepada isterinya sebaliknya dia mengharapkan isterinya faham rasa itu sendiri. Tetapi isteri mempunyai rasa yang lain, walaupun isteri juga mahu bermanja tetapi ada had tempohnya. Apabila sudah ada anak, tengok sebut kerja dan seumpamanya, maka rasa hendak bermanja sudah tidak ada.
Apabila keadaan ini berlaku, suami rasa kecewa, rasa keseorangan, dan rasa tidak diperlukan lagi. Demi mengisi kekosongan pada diri dan hati maka minat lama akan datang kembali. Kaki pancing akan mula mencari joran, kaki lepak akan bertemu kawan-kawannya. Itulah penghiburnya setelah isteri tidak mampu menjadi penghiburnya lagi.
Jadi, mana-mana pasangan yang menghadapi masalah yang sama, cuba betulkan kesilapan lampau. Isteri hendaklah memahami hati suami dan jangan biarkan jiwanya kekosongan walaupun di saat tua. Tetapi bagi mereka yang baru hendak kahwin, ambillah perhatian kepada semua maklumat di atas, semoga anda bahagia.

source : Ustaz Ahmad Baei Jaafar