duhai para muslimah....

Bismillah.....
Duhai saudaraku para muslimah....

Ingatlah memakai purdah dan niqab itu haruslah seiring dengan keadaan dalaman kita yang sentiasa benar dan berserah dengan Allah....dengan sebenar benar berserah...

Kita boleh menutup seluruh tubuh kita dan manusia beranggap kita sudah mengikut agama, namun kita tidak akan sesekali boleh menutup Tuhan yang maha melihat, sedangkan DIA meliputi setiap sesuatu...

Jalan kebenaran menuju Allah itu halus, dan halus juga lorong yang bisa memesongkan kita....Sombong itu datang di dalam berbagai cara dan wajah..dan yang paling halus adalah dalam wajah agama....

sentiasa lah kita bermuhasabah....

Di antara Sunni, Syiah, Tabligh dan liberal ....

Bismillah...
Kebenaran itu adalah dari Allah dan milik ALLAH....
dan dari Allah juga kita memohon petunjuk, bukan selain dari NYA ( dari yang sehalus halus hingga yang senyata nyata )... dengan izinMU ya RAHMAN....


Salam penuh rahmat dan keberkatan....

Saudara saudaraku...
Empat golongan in adalah sebahagian daripada banyak golongan sendiri sendiri di dalam Islam. Sebenarnya ada banyak lagi...tetapi saya kira cukuplah empat ini kita jadikan sebagai contoh...


Dalam sudut perjuangan akhir zaman, cube kita lihat di manakah kita dengan golongan yang berpecah pecah ini...

Golongan sunni sibuk dengan mengatakan kekafiran syiah, begitu juga sebaliknya...Golongan tabligh pula sibuk dengan memperkatakan "Iman dan Amal" tanpa mendalami bahawa amal tanpa kesedaran dan penyerahan yang sebenar benar kepada ALLAH, itulah sombong. Islam bukan sekadar kurta dan serban ( saya bukan anti tabligh malah menyokong wadah asal yang diperjuangkan oleh pengasas tabligh). Dan pihak liberal pula, sudah jelas landasan mereka.....

mereka dari golongan masing masing sibuk mencanang kebenaran masing2. Namun, pernahkah kita duduk dalam keaadaan benar benar menyerah kepada ALLAH:

" Ya ALLAH, telah KAU khabarkan melalui rasulMu tentang fitnah akhir zaman. Aku takut ya ALLAH, aku sudah tergolong di dalam golongan itu. Tunjuki aku ya ALLAH, tunjuki aku akan kebenaran yang sebenar benarnya disisiMU ..."

Sesungguhnya fitnah yang paling dahsyat adalah fitnah dalam perihal agama. berhati hatilah.

Tidakkah ade ruang di kalangan kita dengan bertunjangkan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH" bersatu, dan menjadi satu dalam memperjuangkan umat Islam akhir zaman. InsyaALLAH, akan tiba jua waktu itu. Dan berdoalah kita agar dapat bersama sama dibelakang pemuda ini untuk menegakkan Islam yang sebenar benar di sisi ALLAH di akhir zaman.




sampai bila?....

Benarkah Sunni dan Syiah tidak bisa bersatu di bawah kalimah " La Ilaha illallah"?
Benarkah Sunni dan Syiah tidak bisa bersatu demi perjuangan Al-Aqsa?
Benarkah Sunni dan Syiah tidak tidak akan bersatu dalam perjuangan akhir zaman yang semakin hampir......?
Ingatlah...Bukan berat kepada sunni atau syiah yang menjadi ukuran...
tetapi benar yang sebenar-benarnya dengan Allah, Tuhan sekalian alam...tanpa menyekutukan dengan apa pun.....

Itulah sebenar benar pejuang yang ingin kembali kepada Allah rabbul jalil.

Benarkah mereka tidak bisa bersatu?



Cuba fikirkan,

betapa Sunni dan syiah tidak bisa duduk semeja, tidak bisa berkata dalam satu nada..
terjadi di Syria, Iraq, Iran, Lubnan.....dan seluruh dunia.
Saling menuding siapa yang lebih dan kurang Islamnya..
Namun tidak pernah kembali kepada kalimah " Yang haq itu adalah milik Allah"
saling membenar dan menyalahkan antara satu sama lain hasil daripada ilmu yang dipelajari...tanpa benar benar bertawajjuh dengan Allah...mohon di tunjukkan kebenaran yang sebenar benarnya di sisiNYA....

Adakah benar umat islam tidak bisa bersatu atas landasan ingin kembali kepada Allah dengan hati yang sebenar benar berserah.....tanpa sombong dengan ilmu yang dipelajari ?

Kembalilah.....

Bismillah,

Kalimah agung setiap sesuatu itu adalah daripada Allah...
memohon di tunjukkan kebenaran yang sebenar benar di sisiNYA...
Namun bukan sekadar memohon kepadaNYA dalam keadaan sombong, angkuh, munafik serta "KEAKUAN" yang tinggi....
merendah diri, menyerah diri , buang kan setiap kesombongan dari sehalus halusnya hingga sebesar besarnya,...
kesombongan Dunia,
kesombongan Ilmu,
kejahatan diri ,

harus di luluhkan....

yang memakai jubah dan serban , langsung lebur jubah dan serban mereka ketika menyerah diri kepada Allah , TUHAN yang mengetahui setiap sesuatu...
yang memakai kemeja, emas perak, langsung lebur perhiasan mereka ketika menyerah diri kepada Allah, TUHAN yang mengetahui setiap sesuatu..

Kenapa perlu meminta maaf?

Assalamualaikum,

Salam penuh rahmat dan keberkatan.....



Melihat berita Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang menyarungkan sarung tangan " Save Gaza", terdetik hati ini mudahan ini lah permulaan umat islam menemui bibit bibit pejuangan Al-Aqsa. Namun apabila dia memohon maaf atas ape yang telah di buat. Persoalan mula timbul;
Apakah sebenarnya motif yang sebenar benarnya beliau? apakah yang beliau fikir ketika hendak menyarungkan tulisan yang bakal menjadi kontroversi itu? 

Sedarilah, sekiranya kita benar benar ikhlas dengan perjuanagn Al-Aqsa itu bukan hanya untuk rakyat Palestine, tiada perkataan maaf kerana perbuatan itu. Ikhlas, walaupun hanaya sekadar memakai sarung tangan tappi dengan hati yang iltizam, teqad dengan nawaitu yang ikhlas utnuk perjuangan akhir zaman, ketauilah saudaraku, Tuhan maha mengetahui..maha mengetahui segala apa di dalam hati manusia.......

Perjalanan hidup makhluk Tuhan yang digelar insan

Bismillah,

Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa bersama kita...

Duhai saudaraku, perjalanan kita sebagai makhluk Allah yang digelar insan di dalam kehidupan ini adalah jelas dan terang sekali, untuk kembali kepadaNYA dalam keadaan redha lagi diredhai.

Namun begitu, acapkali diri ambe ini dan makhluk yang bernama insan yang lain tergelincir, terpelanting jauh dan terbenam ke arah lorong yang berbeza berbeza corak perjalanannya.Semua orang boleh dan mudah berkata " mencari redha Allah", namun adakah ucapan di bibir itu adalah satu ucapan yang benar disisi Allah?
adakah ucapan itu benar benar diterima Allah?

Saudaraku, ingatlah dan fikirkanlah....

adakah kita ini sudah benar, yakin dengan Allah Rabbul izzah sedangkan kita diri kita masih diselaputi kejahatan, hati dikelilingi sifat sifat mazmumah, dalam diri tertanam teguh tembok keduniaan yang tinggi, kesombongan yang tinggi.

Adakah solat yang kita lakukan tanpa ade khusyuk, fikiran melayang, membaca Al-Quran dengan hati dan ego yang tebal, boleh kita katakan kita sudah benar dengan Allah? Fikirkanlah....adakah itu sahaja perjalanan hidup kita di dunia ini?
makan , minum , solat yang tidak khusyuk , puasa yang hanya lapar dan dahaga, berserban dan berjubah putih tapi hati yang penuh sifat keji, kepala tunduk kebawah ketika melihat wanita tapi sebenarnya nafsu yang besar, berkata seperti baik tapi sebanarnya sombong yang amat sgt....

saudaraku, tidak perlu kita menunding orang lain, cube tanya diri sendiri. tak kira anda Ustaz ke , Habib ke, Ulama ke, Tuan Guru ke, pegawai kerajaan ke, orang besar ke...cube renungkan diri sendiri....Itulah diri kita. akan ade penafian dalam diri ( lebih lagi mereka yang tinggi ilmu agama kononya), dan itulah kesombongan yang amat sangat. Tidak bermaksud saya untuk menidakkan ilmu dari mereka yang di katakakan berilmu, balik dari al-Azhar mesir, yaman, dan mekah , ilmu tuan guru agama yang besar, ataupun habib-habib sampai nasab kepada Rasulullah, Ilmu itu semua adalah dari Allah. tapi kemana arah kita itu yag penting, kearah ilmu atau kearah Allah. Rasa diri sendiri boleh bagitau perkara ini.

Saudaraku, rahmat adalah milik Allah dan dgn rahmat Allah jualah kita bisa kembali kepadaNYA dalam keadaan radha Allah. kita hidup bukan selama salamanya, tapi akhirat itulah yang selama lamanya...ramai manusia sebanarnya tidak faham apakah dia selama lamanya itu.....

" Ibarat seekor burung yang datang dan menjatuhkan biji sawi ke dunia ini setiap seribu tahun, dalam satu masa, dunia ini akan penuh juga dengan biji sawi, tapi akhirat kelak tidak akan ade kesudahannya, tidak akan penuh biji sawi.....itulah selama lamanya"