Bismillah...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam..
"Ya Allah, tunjukkan daku kebenaran yang haq disisiMU, untuk aku jalan terus manujuMU.
sekirannya aku terjerumus kepada perkara yang tidak benar, maka tariklah daku kembali ya Allah..
Pimpinlah daku, bimbinglah daku, tunjukilah daku, dan seluruh keluargaku dalam menujuMu sampai hari kiamat."
Sudah semestinya bagi mereka yang suka mengikut program "mari berselawat", "malam berselawat" atau sentiasa mengikuti mereka yng mengikuti para habib dalam meraih cinta Rasulullah, sering di perdengarkan atau membaca kisah yang sangat popular.
Kisah bagaimana Bilal Bin Rabah mengasingkan diri setelah wafatnya Rasulullah, dan tidak mahu melaungkan azan setelah wafatnya Rasulullah sehingga Abu bakr sendiri tidak mampu memujuk beliau untuk melaungkan azan. Sehingga beliau bermimpi bertemu Rasulullah dan terus bergegas ke Madinah. Di situlah Umar memujuk kembali untuk beliau azan. setelah mendengar azan Bilal, semua penduduk medinah dikatakan penuh dengan tangisan dan esakkan ...begitulah serba sedikit kisahnya
Untuk kisah ini, ada beberapa ulama seperti Imam adz Dzahabi, Imam Ibnu Abdil Hadi, Al Hafizh Ibnu Hajar, Imam Ibnu Arroq dan beberapa yang lain telah menolak kisah ini.
Perlu di sadari sekalian, Nabi Muhamad diutuskan adalah mengajak manusia kembali kepada Allah,
setelah jalan yang di bawa Nabi Isa diselewengkan, begitu juga jalan yang dibawa Nabi Ibrahim. Secara logiknya Sahabat Rasulullah, iaitu mereka2 yang sentiasa rapat dengan Rasulullah, sentiasa mendampingi Rasulullah sepanjang masa, telah menjalani perjalanan yang sebenar benar ditunjuki oleh Baginda. Iaitu jalan kembali kepada Allah. Adakah mudah untuk para sahabat terlalu memuja Rasulullah walau selepas kematian baginda? Puji pujian itu adalah milik Allah, cinta dan kasih itu adalah milik Allah. Walapun mereka di kala itu mengingati baginda, kasih baginda, namun kasih itu berpaut dengan kasih yang unggul, iaitu kepada Tuhan yang mengutuskan rahmat kepada mereka.
lebih bersunyi sunyilah mereka kerana kasih dan cinta itu kepada Tuhan akhirnya. bukan dengan teresak2 seperti yang di gambarkan.
Kita sedar akan akidah para sahabat, dan patut kita sedar bahawa akidah yang benar tidak akan bercampur dengan kebatilan walau sedikitpun...
Ramai pemuka2 agama bercakap tentang perkara yang bercampur aduk...sehingga orang awam bingung dan akhir terus di dalam kebingungan...ilmu itu sabagai wadah untuk kita menuju Allah, kerana akhirnya Allah yang membuka pintu rahsia-NYA apabila dikehendakiNYA. Perlu ade menyerahan , dan pergantungan sepenuhnya kepada NYA...