Terima Kasih duhai isteriku

Begitulah kisah si isteri. Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan tanpa bebelan dari mulut manisnya. Ramadhan sudah berjalan, dan isteri ini sentiasa menjalankan tugas untuk menyediakan keperluan suami. Bangun lebih awal dari biasa untuk menyediakan ibadah sahur bagi suami. Walaupun ringkas, namun itu sudah lebih mencukupi , wahai isteri. Sibuk mengemas rumah sebelum masuk waktu subuh.

Walaupun seharian bekerja, kesibukan yang sama , malah lebih lagi, namun si isteri tetap sanggup memasak untuk juadah berbuka suami. Sanggup mengikut kata suami, seboleh bolehnya tidak mahu pergi ke bazaar ramadhan kerana nafsu masih belum di didik sepenuhnya. Sibuk mengemas pinggan dan mangkuk selepas berbuka, juga tanpa bebelan dari mulut yang manis. Hanya senyuman yang begitu lembut dari si isteri. Pun begitu , masih mampu untuk mempersiapkan suami untuk solat berjemaah.

Begitulah yang dilakukan setiap hari. tiada kata seindah senyuman. tiada manis seindah kelembutan. tiada ketenangan seindah bacaan Al-Quran..

Terima Kasih isteriku. Mudahan Allah memberkati diri mu.

Pendidikan jiwa di bulan ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan mubarak. Ramadhan karim.....Sesungguhnya ramadhan tahun ini banyak mendidik diri ini untuk lebih menhargai setaip detik di bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. terasa ingin diisi setiap masa dengan amalan ibadat kepada ALLAH S.W.T. Terasa diri ini terlalu rugi dengan ape yang telah dilalui sepanjang ramadhan yang lepas...

Begitu juga diri ini merasa ramadhan ini adalah yang terakhir untuk di nikmati...

Sesungguhnya bulan yang begitu mulia, penghulu segala bulan. Mudahan diri ini dapat mengubat hati yang sudah menjadi keras, hitam dek kerana kedegilan and keingkaran mengikuti perintah ALLAH. Mudahan ALLAH mengasihani diri ini. Tidak mampu untuk mengharapkan syurga mahupun pahala yang boleh menyelamatkan diri ini daripada neraka, hanyalah belas kasihan dari ALLAH, ehsan dari ALLAH yang sentiasa di harapkan untuk diri yang begitu hina ini....Amin.

Begitulah ketika cinta bertasbih

Alhamdulillah...Filem yang berunsurkan legasi islam sudah mula menembusi pasaran perfileman negara. Jika dulu kita di kejutkan (ibarat tidur yang lena di waktu subuh, di kejutkan ibu yang lembut) dengan kebangkitan nasyid yang telah merubah iklim suara negara, kini perfileman juga di lihatkan sudah memperlihatkan syiar nya.... Bermula dengan filem Ayat-ayat cinta, cerita yang berunsurkan Islamic romance telah menyusup masuk ke dalam industri perfileman negara. Maka bermulalah pengenalan istilah "taaruf" di dalam hubungan yang membawa pernikahan yang selama ini telah dikaburi dengan kaedah yang tidak di benarkan di dalam Islam. Walaupun jalan cerita karya suadara Habiburrahman El-Shirazy ini masih di selubungi unsur berpegangan yang bukan mahram (pelakon utama bersama isteri), namun aspek menjiwai watak untuk kearah islam juga boleh di ambil i`tibar.

Sungguhpun begitu, yang ingin saya kongsikan di sini, adalah betapa lebih menariknya jalan cerita Ketika Cinta Bertasbih (KCB) satu dan dua. Ternyata adunan acara, barisan pelakon, dan juga jalan karya begitu teliti sekali dalam menjaga akhlaq yang sepatutnya, garis hubungan yang sepatutnya. Betapa watak khairul Azzam adelah watak pemuda yang seharusnya berlaku pada pemuda sekarang, begitu juga Anna. saya sendiri sudah dua kali menghayati KCB dan tidak pernah jemu untuk menonton (sama seperti cerita Remember The Titans). Bagaimana di saat Azzam bertemu bonda, kehilangan bonda, pasrah kepada ALLAH yang menetukan takdir jodohnya, sangat menghormati orang yang lebih berilmu, begitula jua yang seharusnya kita didik diri dan juga anak anak kita.

Bagi mereka yang mangagungkan poligami (bahkan mungkin saya juga), Tersentak dengan lontaran kata dari Anna yang mengisbatkan kehidupan isteri Rasulullah dan sahabat dalam soal berpoligami. Begitu pun kita mengikut sunnah, kita harus melihat bagaimana juga aturan sahabat Rasulullah bagi mengukur prestasi keimanan kita kepada ALLAH. Sedangkan mereka yang hampir kepada Rasul juga takut memikul tanggungjawab, apakah kita mampu untuk mendukungnya? Apapun, inilah kisah pemuda muslim yang seharusnya menjadi contoh kita dalam usaha mencari cinta dan kekasih.

”yang WAJIB dipenuhi adalah syaratnya manfaat dan memberi faedah kepada isteri, misalnya sang suami tidak akan mengeluarkan sang isteri dari rumahnya atau dari kampungnya..tidak berpergian atau membawanya atau tidak akan menikah atasnya..syarat seperti ini wajib ditepati oleh suami untuk isteri..jika suami tidak menepati maka isteri berhak minta dihapuskan nikahnya”

"Hal seperti ini diriwayatkan dari Umar bin al-Khatab r.a dan Saad Bin Abi Wakad, Muawiyah dan Amru bin As"

"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..
Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu..sungguh saya tidak haramkan poligami, tapi inilah syarat yang saya ajukan, jika dipersetujui akad nikahnya bisa dirancang untuk dilaksanakan..jika tidak disetuju tidak apa-apa, silakan bakal suami yang ingin menikahi saya menikah gadis2 lain yang mungkin bersedia tanpa mengajukan apa2 syarat,,,


petikan dari KCB

Warkah untuk sang teruna

Aduhai sang teruna...berbicaralah dengan hatimu,di mana kau letakkan keutamaan mu...
Sebagai seorang anak? atau suami......
begitulah nasib sang teruna....selalu lupa pimpinan di dunia....
begitu juga diriku ini...


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Tatkala si ibu berbicara:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".


Berderai air mata jika kita mendengarnya........



Tuan tuan,


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


Dan akhir sekali berapa ramai yang sanggup menjadi Imam utk sembahyang JENAZAH ibunya......
Ataupun paling kurang bersembahyang mengikut imam.....

Apabila Imam Masjidil Haram Menangis

Solat subuh sewaktu di Masjidil Haram, 2007, entah ayat apa yang dibaca oleh Imam di Masjidil Haram yang membuatkan beliau terhenti membaca surah kerana menahan sebak dan seketika kemudian meneruskannya di selang seli dengan esakan tangis yang perlahan …. sungguh memilukan. Air mataku turut mengalir bersama, tetapi lebih kepada merasai suasana kesedihan yang dirasai oleh Imam tersebut dan bukan kerana aku faham apa yang dibaca. Aku merasa amat rugi kerana tidak tahu ayat apa yang dibaca dan apa kandungan ayat yang dibaca sehingga membuatkan ia menangis begitu.

Tapi insiden tersebut benar-benar memberi kesan kepadaku. Aku merasakan betapa ruginya diri ini kerana selama berpuluh tahun aku bersembahyang tapi aku tidak faham apa yang aku baca di dalam solat. Lebih rugi lagi, waktu seminit dua yang kuluangkan untuk berinteraksi dengan Penciptaku tidak aku gunakan sepenuhnya. Sembahyang hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Sesungguhnya bagi junjungan besar Nabi kita, Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda, waktu bersembahyang adalah waktu seorang hamba berkomunikasi dengan Tuhannya. Mereka merintih dalam sembahyang mereka, mengadu kepada Tuhan Rabbul Jalil. Mereka melepaskan rindu mereka kepada Penguasa Seluruh Alam ketika di dalam solat.

Bagi kita, umat di akhir zaman ini, solat atau sembahyang adalah tidak lebih dari satu rutin yang wajib kita laksanakan. Selagi tidak solat, tidak senang hati rasanya. Selesai solat, rasa sudah tertunailah tanggungjawab kita. Tapi sebenarnya, Allah tidak memerlukan solat kita. Kita yang sebenarnya sangat memerlukan solat tersebut.

Aku berazam untuk memahami makna beberapa ayat-ayat penting di dalam al-Quran yang mana aku boleh gunakan di dalam sembahyangku. Doa-doa yang terdapat di dalam al-Quran juga boleh aku hafal berserta memahami maknanya bagi memperbaiki komunikasiku dengan Allah Ta’ala. Moga Allah memperkenan.

Word of "ALLAH", what prof Al-Attas says

On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.


Below is the transcript of his brief-but-yet-concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter. Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great  Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.




Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:


Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.


And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.


And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”


They said “we going to pray in Bahasa Malaysia”


That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”


Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”


And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son,  It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“


But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.


So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.


We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).


So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…


So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.


“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…


So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.


But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..


And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.


They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.