Ramadhan dan Syawal : Suatu pengertian

Bismillahirrahmanirrahim...

Tup tap tup tap, pejam celik pejam celik balik.....kita dah sampai penghujung Ramadhan. Artikel saya sebelum ini ada mengatakan tentang kehadiran Ramadhan, dan kali ini kita cuba bawa diri di akhir Ramadhan.

Ramadhan dan Syawal, akhirnya Ramadhan, muncullah Syawal...dua bulan yang biasa di lihat orang orang kita sebagai bulan untuk mengumpul pahala dan melampiaskan nafsu makan...

Tali apakah sebenar perjalanan kita di dua bulan ini? Mari saksikan lagi dari kumpulan dendang anak ini...mungkin kita boleh melihat sedikit pergertiannya.


Syawal tiba bagi menanda
Mengawal hiba dalam gembira
Tabir Ramadhan maka tiba
Berakhir sebulan kita berpuasa

Berhari raya bagi meraya
Hari mulia bagi yang mengEsa
Dari mula kita berpuasa
Demi yang Esa kita perhamba

Aidilfitri di rayakan
Sebagai tanda kesyukuran
Moga kita umat pilihan
Bagi memikul.kalimat Tuhan

Raikanlah dengan pengertian
Sambutlah ia dengan kesyukuran
Maksud kita dengan Tuhan
Maksus kita sebagai insan

Bergema takbir bagi membesarkan
Menanda akhir sebulan Ramadhan

Bergema takbir bagi membesarkan
Menyata kabir kebesaran Tuhan

zakat fitrah online

Dalam menuju fasa akhir Ramadhan, semestinya ramai orang akan berpusu pusu untuk membayar zakat fitrah. Namun, dengan merebaknya wabak covid-19 yang membawa kepada fenomena penjarakkan sosial, semestinya ramai yang tidak dapat membayar zakat secara bersemuka dengan Amil.

Dan walaupun dalam pkp, kita masih wajib membayar zakat, iaitu secara online. Timbul pula persoalan orang ramai, sah ke? Mana akadnya? 

Menurut jawatankuasa fatwa Melaka bertarikh 9 jun 2011 dan Majlis fatwa Selangor bertarikh 24 Disember 2010 mengharuskan zakat melalui SMS dan Online.

Tapi kalau masoh ragu ragu, boleh la pergi ke pejabat zakat negeri. Rasa mereka buka kaunter secara pandu lalu untuk bayar zakat.

Yang penting niat nak bayar zakat, dan juga bayar zakat.

Kemuliaan Ramadhan dan perlaksanaan PKP

Assalamualaikum...

Salam penuh rahmat untuk semua
Salam ramadhan untuk semua...

Alhamdulillah...Ramadhan kembali tiba tahun ini, dan mudahan mudahan dengan rahmat Allah, kita dapat menjalani ibadah puasa dan seterusnya masih ada di dunia ini di akhir ramadhan.



Baiklah, sesungguhnya ramadhan di tahun berbeza dengan tahun tahun yang sudah. Tahun ini, ramadhan hadir dengan diringi oleh covid 19 dan juga PKP. Kemungkinan besar bila PKP ini di lanjutkan mungkin sampai akhir bulan Mei, kita akan lihat, tak ramai atau tiada umat islam yang di di katakan masih berkejaran di jalan raya ketika waktu berbuka. Dan yang paling "happening" sekali, tiada bazaar ramadhan...wah!...kurang betul rangsangan nafsu di bulan ramadhan....dapat jaga nafsu makan yang banyak di jual, jaga mata dari tengok awek awek....dapat duduk rumah sepanjang masa..

Namun, apakah ramadhan tahun ini begitu di permudahkan...?

Ingatlah diri kita, sesuatu perkara akan menjadi mudah bagi mereka dipermudah...Maha suci Allah yang mengukuhkan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki...


china di kejutkan kembali pula dengan Hantavirus


Baru sahaja pandemik COVID-19 mula menurun di China, tiba-tiba dunia dikejutkan lagi dengan virus terbaru dikenali sebagai 'HantaVirus'. 




Menurut portal berita Anadolu China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus.



Mangsa pertama Hantavirus itu merupakan seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

"Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu," petik portal berkenaan.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.

Sedikit Infor tentang Hantavirus:

* Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia.

* Menurut Perkhidmatan Kesihatan Awam Kanada, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus.

* Gigitan tikus didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.

* Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.

* Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.

Gelombang Covid 19 di Malaysia : Perjalanan yang masih jauh

Bismillah,

Sudah hampir dua minggu Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Wabak yang kita pandang ringan pada mulanya, hanya melihat negara China bergelut sendiri mengawal penyebaran wabak covid -19, sambil beberapa orang yang sibuk melaungkan tentang hukuman dari Tuhan atas apa yang mereka lakukan pada penduduk Uighur, sekarang negara kita pula bergelut untuk mengawal wabak ini.



Wabak covid - 19 boleh menjadi potensi untuk membunuh jutaan atau mungkin boleh menghapus satu pertiga penduduk dunia jika terus tersebar dan bermutasi pada sekeliling.Mungkin...semua kuasa Allah yang maha mengatur.

Baiklah, bukan saya nak kupas tentang covid-19, tapi ingin bersama sama merenungkan disebalik wabak covid-19 melanda Malaysia

1. Apabila wabak tersebar meluas gara gara ijtima’i tabligh di masjid seri petaling, terus Malaysia menjadi antara bangsa dan agama. Kita lihat, kalau awal dahulu kuta dok cemuh china dan orang cina dek keran penularan wabak covid-19, tapi akhirnya, wabak ini di sebarkan melalui orang islam dan melayu di Malaysia. Adakah kita harus menyalahkan jemaah tabligh?
Seperti nukilan saya yang lepas, jangan kita suka memang buruk orang lain, sedangkan buruk jauh lebih hebat adalah kita sendiri...
Jangan salahkan jemaah tabligh, jangan bersalah sangka, salahkan diri sendiri dulu, baru nampak silap di depan mata, bukan asas, tapi sikap dan sifat..

2. Jangan marah kalau saya kata, kita orang yang mendakwa diri kita Islam sekarang sombong dengan keislaman kita. Dahla sombong, tak sedar yang sudah jauh dari jalan Allah. Fikirkanlah sendiri. Bagaimana penerimaan kita dengan wabak ini? Bagaimana perilaku kita dalam urusan umara? Suruh pakai tutup muka tak nak pakai...suruh duduk rumah, dok asyik rimas nak pulas motor....nak kena melepak juga....

3. VIRUS CORONA PADA BULAN MAC SUDAH DI RAMAL OLEH ULAMA BESAR ARIF BILLAH SEKITAR 1000 TAHUN MASEHI YANG LALU.

(Sumber Kitab: Akhbaruz Zaman, m.s: 365)

مما قاله ابراهيم بن سالوقيه المتوفي عام ٤٦٣ هجري
Ramalan Syeikh Ibrahim Salweqie (wafat 462 H)

حتى اذا تساوى الرقمان (20=20)
Sehingga ketika terjadi dua nomor kembar (2020)
وتفشى مرض الزمان
dan tersebar wabak sejagat
منع الحجيج
Jamaah haji dan umrah dilarang
واختفى الضجيج
Sepi segala suara dan kebisingan
واجتاح الجراد
Terjadi serangan belalang
وتعب العباد
Ahli ibadah pada lesu dan malas
ومات ملك الروم
Matinya pemimpin dunia
من مرضه الزؤوم
Kena serangan virus
وخاف الأخ من اخيه
Orang takut dan curiga kpd saudaranya sendiri
وصرتم كما اليهود في التيه
Umat pada bingung dan merana spt kaum Nabi Musa yg merana di padang Tieh
وكسدت الاسواق
Perekonomian rusak dan merudum
وارتفعت الاثمان
Harga barangan bertambah mahal

فارتقبوا شهر مارس
Maka waspadalah .. dimulai dari bulan Maret
زلزال يهد الاساس
Adanya gempa yg memporak perandakan asas bangunan
يموت ثلث الناس
Sepertiga umat manusia akan mati
ويشيب الطفل منه الراس
Kanak-kanak kebingunan hingga banyak yg rambutnya memutih beruban.

مقتطفات من كتاب اخبار الزمان صفحة ٣٦٥
لابراهيم بن سالوقيه

Diambil dari Kitab "Akhbaruz Zaman", Hal: 365 Li Syaikh Ibrahim bin Saluqiyah Radhiyallahu 'anhu..

Banyak berdo'a, bersedekah, bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w serta menyambung tali wasilah silaturrahim dengan keturunan Nabi s.a.w. serta mintak berkat doa mereka maka InsyaAllah pasti selamat.