Di kala kita
duduk antara dua sujud, ramai tidak menyedari bahawa kita sedang berdoa kapeda
ALLAH, tuhan sekalian alam...Di mulai dengan penyerahan secara toal kepada
ALLAH memalui doa iftitah, kemudian memohon kepada ALLAH kebaikan untuk kita
sebagi hambaNYA semasa duduk antara dua sujud dan kemudian sunnah bagi kita
untuk membaca doa selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam, meyerahkan diri
kita kembali kepad ALLAH Rabbul izzati..
Doa iftitah:
اَلله
أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً
وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي
وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ
وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi
sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku
kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah
diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya
sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam .
Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan
orang Islam.”
Doa duduk antara dua sujud:
Rabbighfirli – Tuhanku ampunilah daku
Warhamni – dan sayangilah daku
Wajburni – dan cukupilah kekuranganku
Warfa’ni – dan tinggikan darjatku
Warzuqni – dan berikanlah daku rezeki
Wahdini – dan tunjukkilah daku
Wa’afini – dan sehatkanlah daku
Wa’fu’anni – dan maafkanlah daku
Doa Selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang
banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka
ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya
Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).