Wahabiyyah dan Ahlussunnah : pagar yahudi semakin tebal

Bismillahirrahmanirrahim.....

saya bukan lah insan yang sesuai untuk berhujjah dalam hal wahabiyyah, ahlussunnah, Syiah dan berbagai fahaman islam lain . Bukan juga tujuan saya untuk memanaskan keadaan yang sudah sedia panas dengan isu isu aqidah dan furui`yyah. Saya hanyalah manusia yang terlalu banyak perkara perlu dipelajari dari sudut akidah, fiqh, tasawuf dan cabang ilmu islam yang lain. Inilah hanyalah pandangan secara umum dan jangan lah diambil sebagai cabang ilmu yang disebut fahaman wahabi hatta ahlussunnah sekalipun. Hanya untuk kita, cuba berfikir sebagai manusia yang tergolong di dalam mereka yang berittiba` di dalam Islam.

sedikit cebisan dari pembaca TKO:

aku ni lembap gak bab agama bekas mat rempit ni tapi tuhan jadikan aku bijak menilai
maza cuba kembalikan umat islam kepada quran dan hadis yg sebenar bg aku, cuba jgn miss ceramah dia dan beli cd dia dan pahamkan kuliah ilmiah dia
ismail kamus pun aku layan tapi dia pun ok gak lawak gile tapi isi mendalam kalu tak paham kuliah dia kira org tu bangang juge le
TG nik aziz pun aku layan kuliah ttg kematian insaf aku
TG haron din pun aku layan kuliah ttg perubatan islam dan cara hidup semuanya berguna
mufti2 sume nya ok tapi pasal politik korang pecahbelah mufti
...............


sumber : ruangan TKO

saya kenal Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) kerana saya dan beliau sama sama menuntut di UIA. Cume bezanya beliau ketika itu sedang mengambil PhD sedangkan saya terkotak katik untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan. Saya selalu bertemu beliau (kadang bersalam selepas solat) di Masjid UIA.Saya menghormatinya kerana beliau lebih berilmu dari saya, tak kiralah orang kata beliau pengikut setia wahabi, pengikut buta Syeikh Ibnu Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Bagi saya " kebenaran itu hanyalah milik ALLAH semata".

"Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3).

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah (wafat th. 774 H) menjelaskan, “Ini merupakan nikmat Allah Azza wa Jalla terbesar yang diberikan kepada umat ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka.


Namun apa yang dikatakan "kekacauan" yang di bawa Dr. MAZA sehingga sekarang tidak pernah mengendur malah semakin hari semakin panas. apakah Wahabi itu benar dan fahaman islam di Malaysia itu salah? Apakah fahaman Dr. MAZA itu lebih tepat berbanding fahaman yang dianuti oleh ulama` yang lain? Apakah Ulama` 2 besar di Malaysia tidak boleh "disentuh" sekiranya ade sesuatu yang menimbul keraguan di kalangan mereka. Selepas kewafatan Rasulullah, tiada umat islam yang ma`sum (tergelincir dari kesilapan). Justeru itu, tidak mustahil setiap ulama di sepanjang zaman mempunyai "holes" atau "flaws" dalam penulisan dan pengajian mereka. Bukan tujuan saya untuk memburukkan ulama , pembawa risalah Rasulullah, namun ape yang berlaku hari ini, dengan Dr. MAZA berbalas hujah dengan Ust. Zamihan tentang wahabi, bidaah, Ibn Taimiyyah, Ibnu Qayyum menyelongkar hujah lawan masing 2. Saya dah tengok ulasan masing2 di dalam youtube, dan apa yang saya lihat tujahan mereka bukan bermaksud untuk penyelesaian khilafiah, tapi lebih kepada sifat ingin menegakkan pendirian masing, sedikit tergelincir dari tujuan menyusur keadaan khilafiah di dalam islam. Itu pandangan saya, harap2 sapa2 yang ta`sub kepada Dr. MAZA tidak cepat melatah, begitu juga kepada pengikut Al-Ghari. Saya juga suka kedua mereka, mereka adalah di kalangan ilmuwan islam.

Saya amat tertarik kepada sebahagian penyampaian dari penulis pekanrabu.com:
"
Bagi diri saya, saya kurang berminat untuk mengetahui yang mana satukah di antara cerita2 ini betul dan yang mana satu tidak kerana kita sedia maklum bahawa fakta2 sejarah memang mudah untuk diselewengkan oleh pihak2 yang mempunyai agenda2 mereka yang tersendiri. Oleh kerana saya tidak hidup di zaman itu, adalah sukar bagi saya untuk mengetahui dengan pasti tentang ceritanya yang sebenar. Kalau ditinjau dari maklumat2 yang wujud pada hari ini mengenai beliau, ada lebih banyak yang mengutuk dari yang menceritakan tentang sumbangan beliau. Saya dapati sukar untuk menerima maklumat2 ini secara bulat2, lebih2 lagi bila saya lihat kebanyakkan darinya dikeluarkan oleh organisasi2 atau orang2 perseorangan yang kuat mengamalkan tareqat dan bermacam-macam lagi amalan bid’ah yang lain.

Disebabkan ini, saya lebih berminat untuk mempelajari dan mengkaji tentang apakah pandangan beliau dari hasil2 penulisannya sendiri dan seterusnya membandingkan pandangan2 ini dengan Al-Quran dan Hadis2 sahih. Jika apa yang ditulisnya selari dengan kedua2 sumber rujukan yang muktamad ini, maka saya akan terimanya dengan rela hati dan berlapang dada. etapi jika apa yang ditulisnya bercanggah dengan Quran dan Hadis, maka saya tidak menerimanya. Saya kira sikap saya dalam menangani isu ini dengan cara begini adalah adil. Adil kepada diri saya, dan juga adil kepada Syeikh Muhammad sendiri kerana saya hanya menghukum sesuatu yang berada dalam lingkungan ilmu saya saja.
"

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(al Israk 36)

Hari ini, kita bertelagah antara sunni dan syiah, wahabi, dan fahaman fahaman yang lain sehinggakan masyarakat Islam Palestine semakin menderita kini akibat pencerobohan besar besaran yahudi, kemanakah hilangnya Pak Arab, yang menjadi pengikut kuat Wahabi, yang mengatakan pengikut sebenar ajaran Ahlussunnah untuk membantu, kemanakah perginya pengikut Ahlussunnah yang lain ? dan gembirakah orang syiah membunuh rakyat islam di negara Iraq semata2 mereka mengikut ajaran Ahlussunnah.?

" Cintakan Dunia, Takutkan Kematian"

sekian

Aku dan ibuku

Di saat aku selalu berterima kasih kepada orang lain
untuk bantuan yang mereka hulurkan
adakah itu juga yang aku lahirkan
untuk seorang wanita yang bernama ibu
yang menghabiskan masa hidupnya mendidik diriku
sehingga aku manjadi seorang yang mengetahui
tujuan kehidupan aku di alam semantara ini

IBU
aku tidak dapat membalas ketabahanmu,
cekal hati mu medidik diriku,
sabar murni melayan karenah anak anak mu,
tiada mendengar sepatah keluhan,
apatah lagi cemuhan darimu,
tiada sekelumit kemarahan terpancar dari wajahmu,
kerana menggendong amanah yang berat dari TuhanMU,
yang ku lihat hanya lah senyum darimu,
keikhlasan yang terpancar dari lubuk wajahmu,

IBU,
kini kau tidak tega untuk menyusur cabaran,
ibu sudah tua,
ibu perlahan di mamah arus usia,
namun semangat hidup terus mekar,
untuk melihat anak anakmu terus berjaya,

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa ibuku,
sekiranya ade sekelumit ibadahku yang Kau terima ya ALLAH,
ingin ku hadiahkan kepada ibuku,
jauhkanlah aku dari perbuatan yang boleh menyakiti ibuku,
jauhkanlah aku dari perkataan yang boelh menyakiti ibuku,
berikanlah aku kekuatan dan panduan ya ALLAH,
supaya aku boleh berbakti kepada ibuku
walaupun aku sudah mempunyai teman hidup ku..

buat ibuku : Hjh. Manisah Bte Ismail

doaku....

Ya ALLAH ya Rahman Ya Rahim
Ku pohon belas kasihan dariMU
ampunilah dosaku Ya ALLAH
Kau limpahkan diriku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau peliharalah lidahku dari kata kata yang nista

Ya ALLLAH,
kuatkan hati dan semangatku
tabahkan aku menghadapai dugaan dariMU

Ya ALLAH,
jadikanlah aku suami yang disenangi isteriku
bukakanlah hatiku untuk lebih menghayati agamaMU
bimbinglah diriku agar aku menjadi suami yang soleh
berilah aku peluang ya ALLAH,
untuk menjadi suami yang terbaik buat isteri ku.

Apakah kita tidak sedar

Apakah kita tidak sedar
kita semakin jauh dari semalam
meninggalkan usia yg di pinjamkan
apakah kita membalas dengan terbaik

apakah kita tidak sedar
kita masih leka dengan pemberiannya
kita lupa yg kita hanya peminjam
meminjam pada yg hak
mampukah kita memberi apa yg di beri
hargai kah kita dengan apa yg ada

apakah kita tidak sedar
masa itu makin hampir
semakin kita hampirnya
semakin kita lupakan nya
mati itu benar
seksa kubur itu benar
akhirat itu nyata

apakah kita tidak sedar
kita leka dengan alam yang kekal
kita masih lagi dengan mimpi yg indah

sedar tak sedar
kita hanya peminjam yang nyata

Peringatan buatku, seorang suami....

Duhai diriku....
bersyukurlah engkau sebagai seorang suami
kerana mempunyai isteri yang begitu setia pada dirimu
mengikut perintahmu
taat kepadamu

duhai diriku...
bersyukur lah engkau kepada ALLAH
di kurniakan engkau seorang isteri yang sabar dgn karenah mu
sentiasa setia menunggumu
tenang di waktu kau di depan mata
gelisah di waktu kau tiada

duhai diriku...
engkau telah diberi amanah yang besar oleh Tuhanmu
dengan kehadiran seorang isteri disamping mu
jaga la dia, tunjukkan jalan menuju keredhaan ALLAH kepadanya
kerana itu sudah pasti akan di tanya kelak kepadamu akhirnya

duhai diriku
sabarlah dengan karenah isterimu
sabarlah dengan cemburu isterimu
sabarlah dengan leteran isterimu
kerana dia sudah banyak bekorban keranamu

oleh:
insan yang banyak berdosa kepada ALLAH

Untuk Isteriku.....

Isteriku..
Jadilah seorang wanita sholihah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen ALLAH,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada ALLAH,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho ALLAH
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senantiasa bersama para Mujahiddah ALLAH

isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya
yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jahat

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua
dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik
anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah
sementara menuju akhirat.


Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi
makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran
dan qona'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat ALLAH ke atasnya.

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga
& suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita
sholihah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah
kematangannya.


Duhai isteriku..
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga ALLAH.


Hikmah bertudung....untuk wanita

Sebuah nukilan buat seorang wanita akan ertinya mereka menutup aurat kepala mereka.
Seorang anak gadis (annisa) yang tidak pernah bertudung sedangkan selalu disuruh ibunya supaya menutup aurat...

Satu hari dia mendengar ade satu suami dan isteri yang baru menjadi jirannya. Pelik mendengar dikatakan isteri jirannya itu tidak pernah keluar rumah sehingga dikatakan buta, tuli dan bisu oleh orang kampung. Annisa tidak merasa puas dgn kata orang kampung. Dai sendiri ingin bertanya isteri yang baru pindah itu...

Annisa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari "mak cik.. wajahmak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiran : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah. . sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. . siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik.. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung.. tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya
tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.. sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiran : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung
jawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna di
sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi
lidahdengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar
perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan
kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara
yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua
tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri
rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akandibangkitkan. . ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari
logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan
di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..
menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari
Hisab.. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar,Yang Maha Kuat,Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT.

Subhanallah....
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"


Itulah nukilan terakhir annisa sebelum dia dijemput menghadap rabbul izzati dalam keadaan redha lagi di redhai. Sebagai seorang muslimah yang menharapkan keampunan Ilahi.

Sajak Kematian bukan untuk kanak-kanak sahaja

" petikan dari TV3. tengok mak dia ngan bapak dia pun dah paham kenapa anak diaorang dok menangis bila tengok cerita alam kubur."


Sejak rungutan pasangan suami isteri Micheal O’leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad terhadap penayangan sajak kematian kepada para pelajar sekolah rendah, isu tersebut telah mengundang polemik pro dan kontra. Terdapat pasangan ibu bapa yang beranggapan bahawa video tersebut terlalu ekstrem dan boleh membawa kesan trauma kepada kanak-kanak. Sehinggakan pak menteri pun terpaksa ambik tindakan ; ' HENTIKAN TAYANGAN SERTA MERTA"

Beginilah...
mungkin begitu ramai dikalangan kita yang menganggap penolakan dan panafian (secara tidak langsung ) menggunakan plarform pendidikan kanak2 bawah umur adalah sesuatu yang salah dan tidak sepatutnya keluar dari mereka yang menggelar diri mereka beragama Islam. Namun, apabila kita ambil sedikit pati dari sudut positif, tayangan sajak kematian itu sebenarnya sudah menjadi satu trauma kepada manusia, Islam dan juga yang bukan. Manakan pula tidak, dengan tersebarnya ketakutan dikalangan penguasa yang beragama islam sendiri, sudah cukup untuk membuktikan bahawa ape yang dilakukan oleh sang sajak kematian itu telah memberi mereka kebimbangan akan saat kematian yang selama ini di sogok dgn ilusi kehidupan mewah lagi kekal abadi.

Ibu-ibu dan bapa-bapa...

Sajak itu bukan untuk pelajar semata, tapi juga untuk sang keluarga dan juga mereka yang lebih tua dan yang lebih memahami. Dari sudut pemikiran kanak2, memanglah dikala usia mereka sepatutnya sudah tergolong dalam golongan mumayyiz (tahu membezakan baik dan buruk) dan perkara seperti menonton sajak kematian tidak lah seseram cerita niyang rampik atau kekasihku seru. Sajak kematian bukan seram, tapi ketakutan. Cume mereka yang takut cuba untuk mengalihkan situasi kepada konsep seram yang tahap tidak boleh diterima. Pemahaman harus diberikan oleh ibu bapa dalam bahasa yang midah difahami oleh kanak2 untuk mereka lebih mengerti , bukan lebih berani, akan situasi di alam barzakh. Tapi bagaimana pula kalau si Iubapa sendiri tidak pernah memikirkan situasi tersebut.

Mungkin betul, berdasarkan proses kecelaruan pendidikan yang didasarkan oleh kementerian pendidikan sedikit sebanyak membantutkan prosess penerimaan oleh kanak-kanak islam di Malaysia.

"Tayangan Klip Video tersebut tidak salah cuma masih belum sesuai untuk ditayangkan kepada murid tahun 1 atau 2..Jika ditayangkan kepada murid Tahun 6 insyaallah 90 peratus boleh. Dan bagus ditayangkan kepada pelajar menengah..saya rasa klip video tersebut ada ditayangkan bagi sekolah menengah dalam kem2 motivasi mereka, cuma versi mungkin berbeza." sheikhlui.blogspot.com

Mengingati ALLAH

Seorang lelaki masuk ke dalam masjid bukan pada waktu shalat.
Maka, betapa kagumnya ia ketika menjumpai seorang anak kecil yang baru berumur sepuluh tahun sedang melaksanakan shalat dengan khusyuk. Lantas ia menunggunya hingga shalatnya selesai.

Setelah itu ia menghampiri dan bertanya: "Nak, anak siapakah engkau ini?"
Ia menggeleng-gelengka n kepalanya, kemudian meneteskan air mata di pipinya dan kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata: "Saya ini yatim piatu."
Hati orang itu pun tersentuh dan iba. "Apakah engkau mau menjadi anakku?" tanya orang itu dengan tulus.

Anak itu menjawab, "Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makan?"
Orang itu menjawab, "Ya."
Anak itu bertanya lagi, "Apakah jika aku tidak punya pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"
Orang itu mengangguk dan mengatakan, "Ya."
Anak itu bertanya lagi: "Apakah engkau akan mengobatiku dan menyembuhkanku bila sakit?"
Orang itu menjawab, "Untuk yang itu, aku tidak sanggup, Nak."
Ia bertanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati?"
Orang itu menggelengkan kepala, "Aku juga tak sanggup."

Anak kecil itu berkata, "Kalau begitu, biarkan aku bergantung kepada Zat yang menciptakanku.

Dialah yang memberiku petunjuk, yang memberiku makan dan minum.
Jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan. Dan Dia pula yang kelak akan mengampuni segala kesalahanku di hari Perhitungan. "

Orang itu pun terdiam seribu bahasa: tak tahu harus berbuat apa. Lalu, dari bibirnya terdengar suara lirih, "Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa tawakkal kepada-Nya, maka Dia akan mencukupinya.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.

UIA - keperkasaan dalam mempertabatkan institusi pendidikan sebenar


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat.

Nama-nama seperti Prof Abd Aziz Bari, Allahyarham Prof Dr Hassan Langgulung, Prof Dr Sidek Baba, Prof Dr Kamal Hassan dan ramai lagi menjadi rujukan dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, pendidikan dan sebagainya. Tahun 2008 ini telah menjadi sejarah kepada UIAM kerana universiti tersebut baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 25.

Tahniah kepada warga UIAM kerana kampus tersebut berjaya melahirkan ramai graduan yang memberikan sumbangan yang berguna buat negara dan agama.

Kampus yang terkenal ini telah mencipta banyak sejarah dalam lapangan debat dan perbahasan ala parlimen juga dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi ini juga banyak menerima kejutan.

Sebagai satu-satunya kampus yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa, kampus ini menjadi tumpuan ramai kerana Aspirasi yang mendapat sokongan padu pentadbiran dan juak-juak Umno gagal untuk menawan kampus ini.

Mahasiswa UIAM kelihatan sudah serik dengan apa yang dilakukan oleh Aspirasi apabila memegang kuasa MPP sewaktu era boikot pada tahun 2005. Pesta Konvokesyen yang dianjurkan pada tahun itu telah menjadi sejarah hitam buat UIAM.

Kesucian Taman Ilmu dan Budi telah dicemari oleh unsur-unsur hedonisme, perjudian serta persembahan band-band nyanyian seperti Sixth Sense telah diundang tanpa mempedulikan sensitiviti mahasiswa.

Mahasiswa UIAM akhirnya membuat keputusan muktamad menguburkan terus impian Aspirasi untuk terus menerajui kepimpinan mahasiswa lantaran prestasi yang telah mereka tunjukkan.

Akhirnya mahasiswa memberikan amanah kepada We Unite for Islam (WUFI) iaitu Pro-Mahasiswa untuk membawa suara mereka.

Walaupun berbagai halangan dan kekangan dari pentadbiran, WUFI tetap terus tabah memperjuangkan hak-hak mahasiswa.

Akhirnya PRK 2007 menguji sekali lagi kesabaran mahasiswa apabila terpaksa melalui proses penamaan calon sebanyak dua kali.

Tetapi mahasiswa tetap memilih WUFI kerana ideologi kemahasiswaannya. WUFI telah membuktikan amanah yang dipertanggungjawab oleh mahasiswa apabila MPP mengetuai bantahan mahasiswa dengan mengumpulkan tandatangan warga kampus dan menghantar memorandum bantahan mahasiswa UIAM dalam kes pertukaran jubah konvokesyen dan songkok kepada mortar board yang diputuskan secara mengejut tanpa meninjau pandangan warga kampus terlebih dahulu.

Mudahan PRK 2009 akan menjadi satu lonjakan paradigma dalam mempertahankan martabat UIA di kalangan ilmuan dunia.

The Hoppers & Ahli Muzik : Kesedaran islam di kalangan orang islam semakin pudar


Salah satu stesen TV tanah air, 8TV, menyiarkan satu program yang bertajuk ' The Hoppers & Ahli Muzik'. Program ini di anggotai oleh 6 orang anak muda yang menjelajah pelusuk Malaysia untuk mencari "bahan" yang boleh di jual di TV. Ok la ...good step for new Malaysian reality program. Cume satu sahaja yang saya tergamam dan juga agak terfikir secara mendalam. 

Dalam program TV mereka yang disiarkan pada 2 November 2008, mereka ade merakamkan journey diaorang ke Pulau Pinang, dan salah satu tempat yang di lawati ialah salah satu kuil tertua di Pulau Pinang (tak ingat nama dia)...pegi tuh tak ape la...untuk ambik video ngan gambar ke...tak pe...tapi bab yang masalahnya ialah...apabila mereka ikut sama kaum buddha pegi idupkan cawan lilin pastu dok tulis kononnya wish kat cawan lilin pastu letakkan kat keliling dewa buddha. Untuk pengetahuan semua...mereka semua adelah anak anak muda melayu dan melayu tuh sepatutnya muslim....Emmm tak tau la ape dah jadi dengan masyarakat melayu yang sepatutnya megamalkan islam sebagai kehidupan mereka...

Memang lah kita hormat agama orang lain, tapi tak lah sampai ikut ape yang diaorang buat. Tak payah lah nak bagi alasan untuk suka suka jek..ataupun buat semua tuh tak de niat pun untuk menyembah....tapi kene ingat kufur itu juga atas sebab perbuatan....

Pastu diaorang dok lantak laksa kat kedai cina...huhuhu...adik adik oiiii..dah check ke halal haramnya? bukan setakat tengok ade sijil ngan based on boss kedai tuh kata diaorang tak pakai daging khinzir jek....

Saya harap, ade pihak dari jabatan agama atau JAKIM, atau pihak persatuan ulama memandang berat sedikit perkara ni. Dan harap JAKIM tuh boleh hidup la..takde terus tidur di bawah ketiak "nak jaga periuk nasik" dan bukan membela agama. Kalau ini berlarutan mungkin akan menjadi satu mindset yang mengatakan bahawa meniru gaya penyembahan agama selain islam itu tidak salah....

HARAP ade yang boleh beri pandangan dan juga tindakan

Berfikirlah kita

Pada pengkagum Anwar,
satu hari Anwar akan mati.

Pada pengkagum Mahathir,
satu hari Mahathir akan mati.

Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz,
satu hari tok guru akan mati.

Pada
pengkagum Tok Guru Haji Hadi,
satu hari
tok guru akan mati.

Pada pengkagum Husam Musa,
satu hari Husam Musa akan mati.

Pada pengkagum tuhan rabbul jalil,
Allah tidak mati.

Kehebatan malam jumaat di kalangan orang Melayu

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMAN NIRROHIM"

" Bang.. Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM " Tu lah dahsyatnya malam

"Dahsyat giler ler.." (sedutan cerita zombi kampung pisang)

Rinduku....

Ku memandang langit, ku lihat rembulan bersinar indah

Telah kutemui banyak rembulan yang indah,

tetapi itu bukan kau.

Ku lihat matahari berseri indah di ufuk pagi,

sinarnya menusuk relung-relung hati.

Aku merindukanmu…. bagaikan matahari merindukan bunga di pagi hari

Bagai musafir yang berjalan tanpa tujuan,

aku tersesat di alam kerinduan.

Semakin kuselami terasa kian tak bertepi.

Harapan…., yang membuatku bertahan…

bagai ksatria berkudakan kerinduan,

Zirahku adalah kesabaran,

senjataku keyakinan akan perjumpaan.

Munajatku

Wahai Tuhanku yang memiliki diriku, Engkau maha mengetahui keadaanku,

Dan dari segala yang memenuhi hatiku, dari gundah dan kesibukan hati hingga lupa mengingatMu

Wahai yang maha pemurah dzatNya, tolonglah aku dengan pertolongan yang datang sebelum sirna kemampuanku dalam bersabar,

Wahai yang maha cepat mendatangkan pertolongan, temukan kami dengan pertolonganMu yang mendatangi kami dengan segera,

Pertolongan yang merubuhkan segala kesulitan, dan mendatangkan segala yang kami harapkan

Aku masih tetap berdiri menunggu di gerbangMu, kasihanilah aku yang masih terus menunggu di lembah anugrah kasih sayangmu, aku berdiam, maka abadikanlah keadaanku ini

Aku adalah hamba yang kebanggaanku adalah dalamnya kebutuhanku padaMu, maka demi rahasia kefakiranku, aku selalu memohon disaat kemudahan dan kesulitanku

Sungguh aku telah meyakini kelemahanku dan ketidakmampuanku, kerendahan dan keluluhanku,

Wahai yang maha dekat, wahai yang maha menjawab rintihan hati, wahai yang maha mengetahui, wahai yang maha mendengar,

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenangan bahwa penciptaku maha mengetahui segala permohonan dan usahaku.

Mengapa Kau berfikir begitu?

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih....
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berjalan begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak
berbuat apa lagi...
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelpon...
Allah SWT selalu berada disampingmu

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak
terbalas...
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala
yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. ....
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur....
Allah SWT telah memberkahimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. ..
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi....
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... .
Allah SWT Maha Mengetahui.

Nukilan Dari Dr. MAZA,

Sering kali kita mendengar orang berkata: “Islam agama yang hebat dan membentuk penganutnya menjadi insan yang bertamadun dan mendahului umat-umat Islam”. Penyataan tersebut disertakan pula dengan kisah-kisah umat Islam yang telah berjaya dan gemilang. Sebagai sokongan fakta. Dengan harapan umat di era ini akan terus berbangga dengan Islam mereka dan umat yang lain akan tertarik hati dengan agama yang agung ini.

Malangnya, penyataan sejarah yang lepas, kelihatannya amat berbeza dengan realiti yang disaksikan pada hari ini. Sementara manusia pula secara mijoritinya lebih terkesan dengan realiti yang disaksi, dibandingkan apa yang tertera dalam lembaran sejarah. Apatah lagi jika umat itu, bukan umat yang membaca dan mengkaji. Jika kita lihat kepada masyarakat Islam tempatan kita, khususnya orang melayu yang mendominasikannya, kita agak kecewa. Sebut sahaja segala gejala sosial yang serius, orang melayu yang mengakui diri sebagai muslim mendahuluinya. Hinggakan melayu yang minoriti di Singapura, tetap mijoriti dalam pengambilan dadah. Mat rempit, vadalisme, keciciran dalam pendidikan, kemunduran ekonomi dan berbagai lagi, samada kita ingin akui atau tidak realitinya, mereka semua didominasi oleh satu masyarakat yang mengakui Islam sebagai agamanya dan melayu adalah bangsanya.

Persoalan yang ditimbulkan, atau mereka yang bukan ‘melayu’ tertanya; adakah Islam yang dianuti itu punca kepada ini semua?!!. Sebab, pada zahirnya, semua bangsa berkongsi sama di tanahair kita dari segi udara, air, tanah dan persekitaran. Apa yang membezakan antara kita ialah agama, keduanya bangsa. Jika bangsa tidak ada kaitan dengan soal ini, tentu akan dikaitkan dengan agama. Begitulah sebaliknya.

Sudah pasti sifat Islam sebagai agama wahyu yang maha benar dan sejarah Islam yang gemilang menolak untuk dikaitkan kemunduran dan kelemahan dengan agama yang agung itu. Aqidah yang sejahtera akan pasti mengingkari untuk Islam dipalitkan dengan kecacatan dan ‘ketidak majuan’. Jika demikian, yang tinggal untuk diperbahaskan atau dikaitkan dengan kelemahan ini ialah sesuatu yang berkait dengan bangsa. Bukan tujuan untuk merendahkan bangsa! Tidak sama sekali tidak!! Sebaliknya untuk dibaiki dan dinilai!. Bahkan bagi saya orang melayu dalam hal ini tidak jauh atau banyak bezanya dengan orang Arab.

Bangsa Melayu, sekalipun banyak kelebihan di sudut budi dan bahasanya, namun dalam beberapa perkara lain –secara perbandingan- ‘warisan budaya’ melayu semata tidak begitu mampu atau berdaya saing dalam sesetengah perkara. Ambil sahaja contoh orang cina di sudut budaya kesungguhan kerja, berniaga dan seni-seni kehidupan yang lain, amat mantap untuk dibandingkan. Secara umumnya, seorang yang lahir dalam keluarga cina tidak perlu berhempas pulas memahami ilmu perniagaan, kerana ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan. Demikian budaya kerja, tolong menolong sesama bangsa dan berbagai budaya positif yang lain. Justeru itu, ramai di kalangan mereka sekalipun tidak keluar dengan lulusan yang tinggi dalam bidang perniagaan, mereka lebih berjaya dari yang keluar dengan sijil bergulung, namun masih menganggur di rumah. Soal rajin kerja, kuat belajar, bersaing secara positif, walaupun ada di kalangan sejarah bangsa melayu ini, namun ia belum sampai ke peringkat warisan budaya. Sementara orang cina dan Barat telah mewarisinya sejak zaman berzaman menerusi sejarah dan tamadun mereka.

Untuk mengatasi kelemahan ruang-ruang tersebut, maka orang melayu tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil suatu tamadun untuk dibudayakan secara zahir dan batin yang tidak mungkin dicabar iaitu Islam yang tulen. Di sini saya sebutkan perkataan Islam tulen bagi membezakan Islam yang telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

Jika Islam ini tidak ambil secara betul, maka orang melayu atau Arab tidak akan mampu untuk bersaing di persada dunia hari. Ini kerana, sesetengah bangsa-bangsa lain, sekalipun mereka kehilangan akidah yang benar, namun ciri-ciri tamadun kaum yang mereka pusakai telah membantu membawa mereka membina harta dan kekayaan. Sementara bangsa-bangsa yang menganut Islam, jika tidak benar-benar membudayakan Islam dalam prinsip kehidupan secara komprehensif, maka mereka bersaing tanpa sebarang kekuatan. Tidak kekuatan Islam, tidak juga kekuatan tamadun bangsa. Sedangkan bangsa-bangsa yang tidak Islam, sekurang-kurang mereka mempunyai bekalan persaingan iaitu tamadun bangsa mereka yang mempunyai ciri-ciri positif dalam beberapa sudut. Justeru itu, mereka lebih ke hadapan dan berjaya.

Mungkin ada yang berkata: “Mana perginya kekuatan tamadun bangsa-bangsa yang menganut Islam ini?”. Apakah bangsa mereka langsung tidak ada keistimewaan?! Saya katakan, mungkin. Namun banyak pusaka warisan itu hampir hilang sejak bergenerasi lamanya, dek datangnya Islam yang membawa tamadun yang maha agung dan berwibawa. Juga sifat Islam yang menghapuskan apa yang bertentang dengan prinsipnya yang kudus. Islam telah mengambil tempat warisan budaya atau pusaka sesetengah bangsa dengan gantian suatu sistemnya yang paling ampuh. Malangnya apabila generasi kemudian memegang Islam secara pinggiran, atau tersasar dari panduannya, maka mereka kehilangan tamadun Islam yang agung, sekaligus warisan budaya mereka yang dahulu.

Sesuatu bangsa apabila hilang akar tamadunnya, maka lemahlah mereka, serta mudahlah terdedah kepada pengaruh dan serangan luar. Itulah realiti kita hari ini. Melayu atau arab yang sedang hanyut dengan dunia khayalan yang digula-gulakan.

Ditambah lagi, Islam yang diajar tidak lagi dalam bentuk yang difahami oleh generasi awal yang telah berjaya membina keagungan. Persoalan akidah tidak lagi menjadi teras dalam banyak keilmuan. Sehinggakan perkara-perkara yang merosakkan akidah ramai tidak lagi difahami. Ataupun akidah gagal ditempatkan dipersada persaingan.

Sementara sesetengahnya mencanangkan Islam dengan tafsiran yang mundur lagi tidak berasas. Hingga ada yang menganggap selain dari mata pelajaran yang berbunyi ‘arab’ adalah sekular. Seketika golongan agama lebih mudah untuk diingati jika dikaitkan dengan kain pelekat, baju melayu, datang lewat, berjalan ‘slow’, tidur di masjid, susah terima pendapat orang lain, muncul ketika orang mati dan kahwin dan hilang ketika umat gawat bersaing menghadapi percaturan zaman. Hingga orang akan kehairan jika seorang ustaz tahu banyak perkara. Jika ustaz tidak tahu tentang perkembangan semasa dan persoalan moden, mereka kata; “biasalah, dia tu ustaz!”. Maka akhirnya golongan agamawan gagal untuk mengisi posisi-posisi penting umat. Apa tidaknya; ketika harta dan ekonomi umat tergadai, golongan agama masih ada yang bising soal hukum orang bukan Islam makan daging akikah atau larangan menjawab salam mereka!!, Sepatutnya kita berfikir bagaimana untuk menjadikan Islam ini lebih menarik sehingga bukan muslim di sekeliling kita menerima petunjuk yang benar. Sekaligus segala kekayaan yang mereka miliki turut Islam bersama mereka!!. Bukan sekadar sekeping daging akikah, atau sepatah ucapan salam.

Maka kita hilang Islam, tiada pula pusaka nenek moyang. Islam yang sepatutnya mengisi ruang tamadun kita, telah kita tinggalkan. Maka ramai pemuda kita tiada cita-cita besar, tidak merasai ketinggian harga diri dan tiada tanggungjawab, akibat tidak ada jiwa agama. Jika dia berbangsa cina, mungkin dia malu kerana bekerja itu rajin itu adalah budaya yang jika ditinggal suatu kecacatan dan kehinaan. Jika dia muslim yang baik, dia akan merasai dosa hidup tanpa usaha dan perjuangan. Tapi apabila dia melayu tanpa agama dan budaya, dia rasa itu biasa…

Amir al-Mukminin ‘Umar bin al-Khattab pernah menyebut kepada kaum Arab: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).

Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

Maka memajukan melayu bukan dengan sekadar menghidupkan inang dan mak yong atau yang sewaktu dengannya. Sebaliknya ialah dengan membunuh nilai-nilai negatif yang dimusuhi oleh Islam, seperti ‘tidak rajin’, hasad, tidak itqan (bersungguh) dalam sesuatu pekerjaan, membazir waktu, melampau dalam hiburan dan berbagai lagi. Wajib menghidupkan nilai-nilai positif yang disuruh oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti rasa bertanggungjawab membangunkan umat yang membuahkan kesungguhan menuntut ilmu dalam segala bidang dan melaksanakan peranan kekhalifahan membina tamadun. Ruh sebenar Islam mesti diterapkan untuk ini semua.

Maka guru-guru agama, hendaklah memiliki al-‘uqul al-nadijah al-wa’iyyah ’ (akal yang matang lagi berkesedaran) yang mampu menggerakkan tamadun umat. Bukan sekadar membicara kes-kes yang hampir pupus pada pada ratusan tahun yang lepas. Atau sekadar mengulangi bab haid dan nifas tanpa mampu mengggerak murid-muridnya menghasilkan sendiri keperluan wanita moden ketika haid dan nifas.

Anwar jadi PM : mampu kah beliau mengubah mentality Ex-BN?




Setelah sekian lama singa kekenyangan (BN) tak pernah di usik dari tidur, kalau ade pun sekadar cuit cuit kaki nak geletek aje, tapi kini singa tuh tengah menggelupur dek kena cekik dengan badang melayu (anwar) sambil ekornya ditarik PAS dan matanyer dok sibuk dicucuk DAP. Begitula umpamanya situasi yang berlaku di dalam BN. Semua orang tahu. Yang tak tahu cume orang bodoh je, yang dekat sakit jiwa, ataupun yang memang dah bangang sangat dok percaya cerita penglipur lara kat stesen TV kita.

persoalan timbul apAbila di katakan Pak Anwar bakal menaiki takhta PM Malaysia. Saya tak pernah mempertikaikan kredibiliti Pak Anwar sebagai political Master planner yang hebat. Malah lebih hebat dari yang cemerlang, gemilang, terbilang. Tidak pernah saya nafikan jiwa beliau yang kental, malah lebih kental dari jiwa Nelson Mandela, lebih terurus dari kepedihan Gandhi , kerana beliau bukan sahaja berjiwa rakyat, malah mudahan menjadi orang yang beriman kepada ALLAH. Namun permasalahannya sekarang, adalah manusia yang duduk di bawah pengaruh beliau. yang baru sahaja mengelilingi beliau apabila mereka dapat menghidu kebangkitan beliau. Sapa lagi kalau bukan manusia yang dulunya disebut pendiri UMNO yang hebat bercakap, tak kira salah atau benar, semua sapu. Maaf, saya bukan mengata mereka yang mengelilingi beliau semasa beliau di landa musibah, atau mereka yang betul2 mempunyai kesedaran dan terus bersama beliau, tapi mereka yang dulunya bersama yang kuat untuk kepentingan mereka, dan sekarang akan menemplek seperti dedalu di pihak yang lebih kuat untuk kepentingan mereka juga.

Seperti pak gondrongg, kick da fella, saya juga bukan ahli politik, hanya manusia biasa yang hanya mampu melihat mereka yang bersilat, berkungfu, berpayat di gelanggang sempit politik dari luar . Dan seperti yang saya utarakan, pihak yang mengambil dasar kepentingan sendiri ini terlalu besar jumlah kumpulannya di arena politik Malaysia. Kalau dalam 50,000 pendokong kepimpinan (Kerajaan) sekarang nih, saya rasa hanya 5 - 7 % atau kurang yang mepunyai dasar yang betul, jalan yang sepatutnya, dan juga suci dari fitnah dan kejahatan. Ibarat sudah menjadi satu polisi di dalam dasar politik negara, yang mana setiap individu atau calon yang ingin bertanding jawatan harus ade keinginan untuk megumpul kekayaan sendiri.

Maka kumpulan seperti inilah yang sebenarnya menjadi dalang dalam segala kecelaruan dalam pemerintahan negara. Dan dikhuatiri mereka akan menyusup masuk kedalam parti Pakatan Rakyat untuk mengambil kesempatan atas kepentingan diri mereka sendiri. Dan jika suasana ini berlaku, dan golongan mereka ini masih mendapat tempat dalam jawatan tertinggi, maka tidak mustahil ape yang berlaku semasa pemerintahan BN, akan sekali lagi terjadi semasa di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.

Mudah- mudahan Pak Anwar, Tuan Guru Hj Hadi, Pak Lim akan memantau pergerakan kumpulan ini. Memang susah untuk dikesan, kerana Rasulullah sendiri tidak tahu yang mana orang beriman dan yang mana orang munafik semasa pemerintahan baginda di Madinah. Mudahan Pak Anwar ada cara terbaik dan berkhemah untuk mengatasi masalah ini. Harus diingat, mereka yang kuat berkempen, atau kuat mengangkat kotak untuk parti , tidak semestinya mampu untuk menjadi pentadbir yang baik, berjiwa kental, tegas kepada yang batil, dan tidak mudah tunduk kepada kebendaaan.


Ibn Faldan

Pulangkanlah kepada kami kalau kamu tak suka...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
-------------------------------------------------------------------------------
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

----------------------------------------------------------------------------
"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila..

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
----------------------------------------------------------------------------------
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

----------------------------------------------------------------------------------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak... Kalau ada pun salahnya, apa?
-----------------------------------------------------------------------------------
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.. Kehilangan yang amat sangat.


----------------------------------------------------------------------------------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya..

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
-------------------------------------------------------------------------------
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
---------------------------------------------------------------------------------
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah....."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain... Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah.. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................


nota kaki: kekadang kita sebagai suami lupa akan perasaan isteri dan anak anak dek kerana nafsu amarah kita selepas waktu kerja. langsung kita tidak menghiraukan mereka. Tiada lagi tawa manja bersama isteri dan anak2 kerana kepenatan sehari bekerja. langsung tidak tidak mengambil berat tentang hal ehwal mereka di rumah. Yang kita tahu cume ingin berehat tanpa ganguan. Itulah kebanyakkan suam/bapa zaman sekarang.lebih mengejar duit dan kemewahan atas tiket untuk kesenangan keluarga tapi lupa akan kebahagiaan yang sebenar bagi mereka.

Mengapa wanita begitu istimewa?

muslimah.jpg

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap.. susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena samba masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nant malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh
botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo
coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."..yelah nak tido la ni..nak smayang.."jap... masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2
jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu... bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi,
dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari
tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutuptv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??

muslimah2.jpg

nota kaki:
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...MUNGKIN SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untukberdikari...

Muslimah Vs D. Mashitah


Para muslimah dan mujahadah berkata.....

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3.Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat
ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24- 26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al- Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al- Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara
perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki
sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim
(muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yangdiamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


Datuk Mashitah Ibrahim memberi komen

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukan caranya untuk memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.

“Kita tidak memaksa seperti mana kelantan yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.

“Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki.

“Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Anan Che Mohd.

Seminar anjuran Jakim dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM) disertai lebih 100 pensyarah membabitkan 20 institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu diberi keutamaan.

“Sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial. Cara mereka memaksa dan mendenda tak kena sebaliknya dalam Islam apa yang perlu, kita patuhi mengikut hukum dan syarat.

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.

“Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya sama ada labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan MPKB yang menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasakan terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan, yang turut membabitkan larangan pemakaian gincu, kasut tumit tinggi serta gelang kaki ketika menjalankan perniagaan dan berdepan orang ramai.

Kod etika itu disebarkan menerusi pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian yang ditandatangani Yang Dipertua MPKB, Shafie Ismail bertarikh 28 Mei 2008.

Peribadi wanita muslim 1

1.  Wanita muslim itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Waniat muslim memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Wanita muslim memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Wanita muslim memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki
atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Wanita muslim tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

Beratnya dugaan kau datuk Sri Anwar....

Bismillahirrahmanirrahim....
Segala pujian bagi ALLAH, tuhan sekalian alam...

Emm...Kasihan saya lihat Datuk Sri Anwar Ibrahim. Sudah bebas tapi masih diburu skandal. Marahnya kepada Tun Mahathir masih belum padam lagi, ditambah lagi dengan skandal yang sama tapi dikatakan perbuatan Najib dan Isteri. Susah nak percaya. Kalau pun benar, memang susah nak percaya. Kalau Tun Mahathir tak mengakui perbuatan Anwar dahulu sebagai di ada- adakan, mungkin orang boleh berfikir lagi tentang anwar, tetapi bila dah Mahathir dah buat pengakuan, pandangan rakyat kini bukan tertumpu pada Datuk Sri Anwar, Tetapi pakatan BN atau UMNO khususnya, atau yang lebih khusus lagi, 4 sekawan, Pak lah, Najib, Rosamah, dan Khairy.

Saya kira skandal Pak Anwar ini akan memberi lebih kekuatan kepadanya. Bukan saya kata dia tak bersalah, Kerana yang haq itu adalah milik ALLAH. tetapi dengan senario sekarang keadaan ini lebih menguntungkan pihak Pak Anwar daripada pihak Pak Lah sendiri. Dan lebih teruk lagi apabila kesilapan najib juga turut menjadi bukti sebagai dalang bagi skandal semua ini. Saya tak nak kata tentang Ketua Polis negara kerana dia juga makan gaji. Dia bukan dipilih oleh rakyat tapi pak menteri, so kena jaga dirilah. Bukan semua orang boleh jadi Tun Salleh Abbas.

Jika kita lihat dari segi logiknya, skandal yang melibatkan Pak anwar ini tidak effective jika ia ingin dijadikan kayu ukur untuk memalingkan pengaruh rakyat dari PR kepada BN.

1. Kalau ini terbukti fitnah, saya rasa hidup 4 sekawan tak akan lama. Dan paling lama bertahan pun khairy, yang mana mungkin dia akan bertindak seperti apa yang saudara ezam (kude trojan) sedang buat. tak sesapa tau. Dan nasib yang lain, akan seperti ape yang mereka buat pada Tun mahathir.

2. Kalau skandal ini dibuktikan benar, Pengaruh masih lagi memihak kepada Perikatan Rakyat. Kerana badan berkanun memang sudah lumpuh ( walaupun kerajaan la ni cube memberi elaun " mintak ampun" kepada para pendiri badan berkanun) disebabkan ape yang Tun Mahathir telah buat dulu. Anwar akan masuk penjara. Tapi penyokong akan menjadi semakin ramai, malah berkali ganda dari ape yang kita lihat tahun 2000 dulu. Lebih ramai yang akan sanggup bermandi air "ubat" dari FRU kerana ingin membantah sistem yang sudah tidak seimbang.

Walau apa pun skandal ini sudah terbukti yang pak-pak menteri kita dan juga pendukung kuat sistem kronisme di dalam UMNO sudah terasa bahang yang terlalu panas daripada pada semburan naga pakatan rakyat. Dan mereka sudah hilang kekuatan walaupun ade kude trojan yang dah tak ade "bontot" menyertai mereka. Emmm mungkin inilah phasa terakhir peralihan kuasa. Mudahan Pak Anwar bersabar, Mudahan 4 sekawan sedar, mudahan ALLAH masih merahmati rakyat malaysia dan memberi kan petunjuk yang haq kepada hambaNYA yang serba dhaif ini.

Tips: Presiden Mandela juga pernah melalui seperti ini

Psst: Anwar naik , minyak turun..

Allahu Akbar..

Pas Taman Melewar
Enginius

Kasihku Kepada isteriku

Cerita ini ini amat berharga untuk diriku....betapa aku kasih terhadap isteriku.....

"Abang , minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. " Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


************************************************************************


Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

pena: Begitu juga isteriku, tiada yang lebih hebat selain isteriku...yang amat kucintai. kelemahannya ku tampal dengan kekuatan diriku, kekurangan diriku telah di isi dengan sifat dirinya .