pendapat fuqaha dalam pemakaian niqab(purdah)


Pendapat pertama:


Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga.


Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.


Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini


Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:


“Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.


Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata:


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.


Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:


“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai".

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:


“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.


Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata:


“Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:


“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”


Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:


“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”


Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata:


“Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:


Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.


Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata:


“Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata:


“Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”


Menutup muka kerana timbulnya fitnah


Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.


Imam Kauthari ra berkata:


“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”


Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.

UIA : Di mana bumi di pijak

Di mana bumi di pijak .... itulah sebaik baik ungkapan untuk diriku. Setelah baru bertapak mengabdikan khidmatku untuk UIA, memenuhi janjiku sewaktu di " interview" oleh mereka yang aku tak kenal waktu tuh...main hantam saja.....rupanya orang besar UIA. Nama satu universiti yang unik dan begitu berlainan berbanding yang lain. Melahirkan satu generasi yang mempunyai pemikiran kritis, pemikiran pemimpin. ramai yang masuk arena politik selepas keluar UIA. Tak kiralah samaada ke sebelah pembangkang atau sebelah pentadbir negara. Namun itulah keistimewaan UIA. 

Namun baru2 ini CEUPECS telah mengumumkan bahawa dan sesungguhnya UIA ini tidak layak untuk deberi taraf sebagai salah satu dari sayap kerajaan. Dan untuk itu mereka yang bekerja di bawah UIA tidak layak untuk menerima pencen, tapi mereka harus menerima skim tangga gaji kerajaan dan bukan swasta. Apakah itu satu keadilan? itu harus di fikir bersama....

Alasan kerana UIA di tubuhkan atas akta persyarikatan bukan lah satu alasan yang kukuh saya kira. Dengan skim yang di selia oleh JPA, semua kontrak bernaung di bawah MAMPU, presiden adalah dari JPA, yakni pemimpin besar dari kerajaan, namun semua itu masih tidak cukup untuk UIA  mengecapi ape yang akan di nikmati oleh kakitangan awam yang lain.

PENCEN!...mungkin pada ramai orang..ini adalah isu remeh...
"apelah sangat dengan pencen tuh, bukannya banyak pun"
" inilah orang yang berfikiran gomen nih, keje sikit tapi nak duit terus je sampai mati"
" ala kalau tak puas hati, kerja la tempat lain"

Ape yang kita lihat disini adalah hak pekerja UIA sebagai mereka yang bekerja di bawah skim tangga gaji kerajaaan. Apakah yang anda rasa bila jiran sebelah kanan anda bekerja kerajaan dan akan mendapat pencen dan di sebelah kanan anda pula berkerja swasta, tidak mempunyai pencen tapi mempunyai gaji yang dua kali ganda daripada anda (peratus kenaikan swasta sekita (5%-10%), tapi and mendapat gaji gred kerajaan tapi tidak ade pencen. sama-samalah kita renungkan.

Namun bagi ku, UIA inilah kehidupan ku, tak kiralah kerajaan menganak tirikan kewujudan UIA, tak kiralah pengurusan sendiri tidak ambil peduli akan masalah pekerja UIA, namun aku akan tetap berbakti kepada UIA kerana aku percaya UIA ini mampu melahirkan siswazah yang akan menjadi tunggak kemajuan agama, bangsa dan negara dan biarlah aku menjadi salah seorang yang pernah berusaha untuk melahirkan graduan itu....

Untuk pekerja UIA, bersabarlah dan ikhlas kita menjalankan tanggungjawab masing2..bekerja bukan dari golongan kerajaan dan ti dak akan menjadi seperti orang swasta yang mencari kemwahan sehingga lupa akan tanggungjawab kita bila kita menghadap ALLAH kelak.

   "Inilah dunia kita dan kita akan mengangkat martabat UIA bersama sama"

Ibn Faldan - UIA

The truth behind Obama Presidency



It has been a month Obame is sitting under the hot of economical sun. No major impact so far from him either from economical or political changes. With the US economy is more dying and the major conflict between Palestine and Israel still stuck some where in the middle, people are getting lesser believe towards him.

A big hope forwarded by all Muslim ummah onto him also seem to be a waste when his first declare to send down additional 17,000 troopers to Afghanistans and remain to keep silent while looking at how rude the Israelite threatening all the Palestinian people. The hope seems to be just a hope. While Egypt are now try to play as a middle man to declare a ceasefire, still stuck and big probably towards even a failure for the process.

Hope the name given by his father as Barrack Hussein Obama still remind him that he was a Muslim before and he should know the Islam as the religion. Just pray to ALLAH to keep safe the Plestinian from Zionist and one day! we will unite under one single name, ISLAM, to protect our own ummah with even under the name os ISLAM.

Ibn Faldan

syuraih : kaedah untuk perundangan di Malaysia

Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang ! Tuan mengambilnya dalam keadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula ! Demikianlah dengan jelas dan penuh keyakinan seorang tabi’iy yang mulia membuat keputusan dalam perselisihan melibatkan khalifah Islam yang berpengaruh Umar al-Khattab r.a dengan seorang awam.Kes ini terjadi apabila kuda yang dibeli oleh khalifah menjadi tempang setelah digunakan.Tabi’iy yang dimaksudkan adalah seorang lelaki cerdik berakhlak mulia dari keturunan Yaman, dari kabilah al-Kindah, Syuraih bin al-Haris.Beliau yang tidak pernah dikenali sebelum itu di kalangan penduduk Madinah yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in yang hebat kini membuat keputusan yang membingungkan khalifah.Meskipun beliau tidak berkesempatan bertemu dnegan Nabi s.a.w namun keikhlasannya memeluk Islam disertakan dengan pengalamannya berada di zaman jahiliyyah sebelumnya menjadikan beliau seorang yang sangat memahami selok belok dan asam garam kehidupan.

Kebijaksanaannya mengendalikan kes yang rumit itu telah menjadikannya masyhur, sehinggalah Umar r.a melantiknya menjadi hakim Negara Kufah yang merupakan salah satu wilayah besar Negara Islam yang beribunegarakan Madinah.Ternyata pemilihan Umar r.a itu merupakan firasat yang tepat apabila semua khalifah yang datang selepasnya hingga ke zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a terus mengekalkan Syuraih r.a sebagai hakim tertinggi mahkamah.Beliau diamanahkan jawatan itu selama lebih kurang enam puluh tahun, memutuskan hukuman secara adil , tidak berat sebelah dan saksama.Tidak kurang pula keputusan yang dibuat itu menyebelahi orang awam, sekalipun pedakwanya adalah orang bangsawan yang mempunyai kedudukan mulia.Antara kes yang turut mendapat perhatian dunia hingga ke hari ini adalah dakwaan khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib r.a terhadap seorang yahudi yang didakwa mengambil baju besinya yang keciciran darinya.Apabila kes itu diadili, Syuraih dengan emah lembutnya telah mengatakan : Wahai Amirul Mukminin ! saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak akan berbohong.Namun kehakiman Islam menetapkan setiap pendakwa agar mengemukakan dua orang saksi.Ali r.a menyahut ya , bersama saya Qanbar , pembantu saya dan al-Hasan , putera saya sebagai saksi.Jawab Syuraih, maaf Amirul Mukminin, Islam tidak mebenarkan anak sebagai saksi ! Khalifah islam itu hanya mampu bertasbih dengan Subhanallah mendengar jawapan ringkas tetapi bermakna itu.Bukankah semua orang memaklumi bahawa al-Hasan dan a-Husin r.a telah dinobatkan sebagai ketua pemuda ahli syurga di akhirat kelak..Apakah orang berilmu seperti Syuraih tidak mengetahui hakikat ini atau dia mempunyai kepentingan tertentu? Tidak, sama sekali tidak kerana hukum yang telah ditetapkan Allah dan NabiNya adalah suatu yang tidak boleh diubah sesuka hati.Walaupun ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah disepakati oleh semua umat Islam tetapi perjalanan pentadbiran di dunia mestilah berdiri di atas kaedah-kaedah yang digariskan.Persaksian dalam Islam tidak boleh disokong oleh kaum keluarga, bagi mengelakkan conflict of interest.

Ali bin Abi Talib r.a yang menjawat jawatan tertinggi dalam Negara akur dengan keputusan hakim mahkamah kerana bagi beliau keputusan hakim perlu dihormati bukan untuk dipertikaikan.Di luar jangkauan para pemerhati, yahudi yang didakwa tadi akhirnya telah mendedahkan bahawa baju besi itu sememangnya milik Ali yang ditemuinya tercicir.Beliau akhirnya mengisytiharkan keislamannya di hadapan khalayak selepas melalui pengalaman peribadi yang membenarkan keadilan Islam bahawa tiada siapa yang akan teraniya di bawah naungan Islam.



Woman excuse on plural marriage (poly-ogomy)

Objection no. 1: 

Some people may object and say that plural marriage means having co-wives in one house, and that the disputes and enmity that may arise between co-wives will have an effect on the husband, children and others, and this is harmful and should be avoided, and the only way to prevent that is to ban plural marriage. 


Response to the objection: 

The response to that is that family arguments may occur even when there is only one wife, and they may not even happen when there is more than one wife, as we see in real life. Even if we assume that there may be more arguments than in a marriage to one wife, even if we accept that they may be harmful and bad, the harm is outweighed by the many good things in a plural marriage. Life is not entirely bad or entirely good, but what everyone hopes is that the good will outweigh the bad, and this principle is what applies in the permission for plural marriage. 

Moreover, each wife has the right to her own, separate accommodation as prescribed in Islam. It is not permissible for the husband to force his wives to live together in one house. 

 

Objection no.2:

If we allow men to have plural wives, why are women not allowed to have multiple husbands, why does a woman not have the right to marry more than one man? 

Response to this objection: 

There is no point in giving a woman the right to marry multiple husbands, rather that is beneath her dignity and she would not know the lineage of her children, because she is the one who bears the offspring, and it is not permissible for the offspring to be formed from the sperm of a number of men lest the lineage of the child be lost and no one will know who is responsible for bringing up the child; this will lead to breakdown of families, loss of ties between fathers and children, which is not permitted in Islam as it is not in the interests of the woman or of the child or of society as a whole.

Al-Mufassal fi Ahkaam al-Mar’ah, part 6, p. 290

 

ayat ayat cinta seorang muslim

Ketika kekuatan cinta itu datang,
apapun penghalang semua akan di lalui,
sekalipun ia akan mengorbankan nyawa,

cinta tanpa kasih tiada ertinya,
namun cinta tanpa pengorbanan tiada gunanya,

itulah cinta manusia,
cinta yang memerlukan penderitaaan, 
dan menharap akan akhirnya dengan kegembiraan,

itulah cinta makhluk,
di beri petunjuk oleh yang Esa,
namun lupa segala duga,
mencari sirna dengan cara buta,
namun tabah buat yang tahu siapa diri mereka..






 

Politics or Aqidah

Last night when I accidently watch TV1 program (very rare for me to wacth truly government TV), they were having a forum on the issue regarding the use of words "ALLAH" in Herald Catholic weekly news in Bahasa Melayu. The panelist come from various background. Hj Ayub Abd Rahman Abdullah, former Catholic priest and become one of the heavyweight Islamic activist, Ir Dr. Fuad Teoh, President of Malaysian Chinese Muslim Associates (Macma) and Dr. kamaruddin, A malay scholar.

The session is balanced with the views come from different ethnic but with the same religion and the issue has been brought up with great clarification from the panelist. All three panelist aggreed that tha name of "ALLAH" is not just a name, but it beyond what human could think. More over, looking at the muslim scenario in Malaysia specifically, confussion might happen when other religion tend to use the name of the God as "ALLAH" and subsequently it will affect their believe (since their believe/aqidah in islam also weak). Dr. Kamaruddin also highlighted about the dangerous of plurarisme which have been promoted by non-muslim and some of the "liberal" muslim community as well. when youngers think no different between Islam and other religion, then the could not think about the reality in truly Islam in their live and easily committed to apostacy. This is actually the main agenda of other religions.

Supprisingly, when I turned my TV channel to TV9, hah! they got another forum/debat also at the same time. With all the panelist are malay, which is should be muslim if we consider the Malaysian constitution, but they really focusing on the pure politics rather than the challenges have been put into Islam today (audiance for sure has been spiltted by their nonsense talking). They just continuing talk about the "beautiful" of Malaysian political scenario. What happen in Perak, disloyalty to Sultan, case of elizabeth Wong (which is very wrong since the case still under police investigation), Selangor and their cow.

From there, we can conclude that in the future, Islam in Malaysia will be heavyly supported by Muslim but not Malay (which is truly a good muslim ), while other malay-muslim still keep talking about politics and keeping their fat up.

Ibn Faldan

Pengertian seorang kawan....

Kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.kata abah, KAWAN tu umpama ros, dipandang cantik dipegang sakit.kata atuk, KAWAN tu seperti air trus mengalir.kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.kate sedare, kawan tu mcm makanan, kwn makan kwn!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata.kata kakak, KAWAN tu x ubah mcm durian bau je busuk tp sdap dimkn.kata adik, KAWAN tu mcm biskut skjp ade skjp xde.Namun bagiku, kawan tu  tak kisahlah macamana keadaan. Dia tetap kawan. Kenapa? sekali aku dah kawan ngan dia selamanya dia tetap kawan aku.walaupun kita mempunyai segalanya, tapi tidak sepereti kita mempunyai kawan yg setia...

si botet

Si Manis bertudung labuh


Secara terus terang saya amat menyukai wanita yang bertudung labuh. Bagi saya wanita yang bertudung labuh, jalan bertunduk , menjaga ketika berjalan...begitu sejuk dan menginsafkan diri..
bukan bermaksud untuk melihat kecantikan wanita, kerana kecantikan mereka itu sendiri itu aurat, namun melihat kelibat kumpulan gadis bertudung labuh berjalan, hati terdetik;

Wanita bertudung labuh
sejuk mata melihatnya
sempurna menutup dada
melindungi aurah ketika angin menyambar muka
itu lah ciri-ciri muslimah solehah
bertuah lelaki yang memilikinya

Kata orang, bertudung labuh tak semestinya perangai elok. Saya akui juga kebenaran itu. Tapi jika kita lebih teliti, kita akan dapat melihat perbezaan antara mereka yang boleh di gelar "si manis bertudung labuh" yang benar2 menjaga agamanya dan mereka yang bertudung labuh semata kerana paksaan, trend, ataupun berpura semata.