Para muslimah dan mujahadah berkata.....
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3.Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat
ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24- 26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al- Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al- Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara
perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki
sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim
(muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yangdiamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
Datuk Mashitah Ibrahim memberi komen
Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukan caranya untuk memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.
“Kita tidak memaksa seperti mana kelantan yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.
“Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki.
“Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Anan Che Mohd.
Seminar anjuran Jakim dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM) disertai lebih 100 pensyarah membabitkan 20 institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu diberi keutamaan.
“Sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial. Cara mereka memaksa dan mendenda tak kena sebaliknya dalam Islam apa yang perlu, kita patuhi mengikut hukum dan syarat.
“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.
“Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya sama ada labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan MPKB yang menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasakan terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan, yang turut membabitkan larangan pemakaian gincu, kasut tumit tinggi serta gelang kaki ketika menjalankan perniagaan dan berdepan orang ramai.
Kod etika itu disebarkan menerusi pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian yang ditandatangani Yang Dipertua MPKB, Shafie Ismail bertarikh 28 Mei 2008.