Adakah Solat sekadar gerakan dan bacaan?

Bismillah...

Pernahkah kita terdetik....
Adakah solat yang aku kerjakan ini hanya begini sahaja? perbuatan ruku`, sujud, dan duduk ....diiringi dengan bacaan yang di ajar oleh ustaz semasa dari kecil lagi...

betulkah solat aku ini betul bila ketika solatku, fikiran ku melayang dengan perkara dunia, maksiat, hatta hati yang berkata kata perihal pekerjaan, orang sebelah yang kuat bacaannya..sakit hati...
adakah ini solat yang di seperti mana Allah mahu?

Aku sudah hafal terjemahan Al-fatihah..tapi aku tak rasa apa pun....

Dan yang lebih kritikal lagi, bila ade persoalan,
Harus ku tuju kemana solatku ini? adakah benar apabila solat difikirkannya Kaabah sebagai tempat tuju? adakah itu sudah mensyirikkan ALLAH?

Lalu bagaimana yang dikatakan khusyuk dalam solat itu?

Saudaraku,
renung renungkanlah...adakah kita sudah mula menjiwai perjalanan solat kita?




Mengapa ade Puasa 6 hari di bulan Syawal

Bismillah...

Jika kita lihat zaman kini, ramai yang berlumba lumba ingin berpuasa 6 di bulan syawal. Rata-rata berjumpa selepas cuti raya pasti akan bertanya. " kau puasa 6 ke hari nih?".

Yang ingin saya kongsikan disini bukanlah kesangsian tentang puasa 6 itu sendiri. Itu anda boleh cari dan tawajjuh lah kepada Allah, pemilik segala pengetahuan dan kebenaran.

Namun, apakah puasa itu sendiri pada diri kita? adakaha ia :

1. sekadar melaksanakan rukun Islam untuk membuktikan pada orang lain bahawa kita orang Islam.
2. adakah sekadar kita mengikut orang lain untuk berpuasa.
3. dan lebih nampak seperti nampak baik adalah adakah kita berada di kelompok mereka yang mengejar ganjaran dan ganjaran dan lebih ganjaran lagi?

jika kita lihat perjalanan sebenar ibadah puasa dari sudut hubungan sang hamba kepada Tuhan. semua di atas itu adalah semata mata penjara dunia dan akhirat bagi kita. Tidak dinafikan janji Tuhan tentang ganjaran bagi mereka yang beribadah dengan ikhlas kepadaNYA. Tapi adakah kita melihat ganjaran itu ataupun kita sepatutnya melihat rahmat dan belas kasih Tuhan terhadap hambaNYA yang sentiasa beribadah kepadaNYA.

Saudara ku...
terlalu banyak kali kita tergelincir pada ganjaran dari Tuhan. Hatta mereka yang mengaku ustaz, ataupun orang yang pandai ilmu agama pun selalu terpalit dengan penjara ini. Saya pernah kongsikan di sini..

Saudaraku,
perjalanan hidup kita adalah di bawah kekuasaanNYA, di bawah takdirNYA, dan di bawah kehendakNYA...lalu apakah yang harus kita cari dalam perjalanan hidup ini? renung renungkanlah...

Antara berzikir dan membaca Al-Quran

Bismillah,
Salam penuh rahmat....

Jika kita dalami tajuk di atas....ramai yang terlepas pandang...dan ramai juga di kira tertipu dengan keadaan sekarang..

Sentiasa kita di suruh selalu membaca Al-quran dan juga menghafal ayat2 al-quran....namun adakah itu yang benar benar di kehendaki tuhan yang empunya Qalam.

sebenarnya dua dua itu adalah satu...kerana berzikir adalah mengingati Allah, seluruh jiwa, raga dan sukma berjalan menuju ALLAH ketika berzikir...

membaca Al-Quran juga berzikir, jika kita benar benar dalam ingatan kepada ALLAH, bukan kepada lagunya...

Berwirid selepas solat kalau hanya sekadar melepaskan bilangan 33x, tanpa ingtan kepada Allah, adakah itu kira berzikir?

fikir fikir kanlah

Hukum rawatan suntikan ketika berpuasa




Adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan suntikan?

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
sumber: zaharuddin.net

Kesimpulan : Ramai dikalangan kita hanya sekadar memandang perkara zahir dalam ibadah kepada Allah. termasuk juga solat dan sebagainya. Namun mudah melupakan hakikat ibadah bagi kita untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, Tuhan semesta Alam. Sesungguhnya Allah mengetahui adakah hambaNYA ikhlas dalam beribadah kepadaNYA. Ikhlas itu bagaimana niatnya, bagaimana perjalanan Ibadahnya dan bagaimana dia mengahadapi setiap perjalanan ibadahnya. Adakah benar benar menyrahkan segala urusannay kepada Allah atau masih dalam kesombongan sendiri. Ingatlah , ikhlas bukan sekadar berkata " aku ikhlas kerana ALLAH."...fikir fikir kan lah

Perjalanan Ramadhan seorang hamba

Bismillah..
Assalamualaikum...


Bertemu kita kembali di bulan ramadhan 1436 (2015 masehi). Alhamdulillah atas izin dan kehendakNYA. ramai yang menantikan bulan ramadhan. Ade yang mengatakan bulan untuk mereka menyucikan dosa, ada yang mengatakan bulan untuk mereka mengumpulkan ganjaran pahala. Maka ramailah yang berduyun duyun memenuhi masjid, membaca Al-Quran. 

Hatta Imam/Ustaz sendiri keliru ketika memberi tazkirah. Mula mula berkata hadir ke masjid beribadah haruslah ikhlas..tup tup lepas tuh menyarankan beribadah supaya dapat banyak ganjaran, dapat banyak pahala...kan ke sudah berpaling itu ..

Saudaraku..

Ingatlah Ramdhan ini adalah permulaan kita dalam perjalanan kita untuk menuju Allah. perjalanan yang memerlukan mujahadah dan pengorbanan. semata mata memohon redha Allah, cinta Allah.

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu 
Kembali bertemu 
Hatiku merindukan pemiliknya 
Rindu 
Kembali bersatu 
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu 
Kembali bertemu 
Hatiku merindukan pemiliknya 
Rindu 
Kembali bersatu 
Kembali bersatu dengan kekasih


bait bait ini sudah jelas bagaimana permulaan kita untuk menuju kepada Tuhan.

kembali kepada Tuhan

Bismillah...

Di akhir zaman ini...pendosa semakin berleluasa...
pembuat maksiat, zina, judi, dadah, arak, pengheboh khabar angin....
semua itu sudah menjadi menjadi darah daging mayarakat islam...

Di kala Allah  mencampakkan sesuatu kepada hati kita....
di saat itulah kita akan terdetik untuk kembali kapada DIA...
di saat itulah kita akan terdetik tentang kemaksiatan yang kita lakukan itu adalah kemungkaran....
ingatlah...
sesungguhnya itulah peringatan dari ALLAH untuk setiap makhluk bernama manusia....
dan begitu banyak manusia yang masih lalai walaupun masih diberi peringatan

keinsafan adalah permulaan bagi mereka yang benar benar ingin kembali.....
mengakui segala perbuatan maksiat itu adalah perlu...
memohon maghfirah dari ALLAH atas segala apa yang kita lakukan...

adakah itu sudah cukup? jika kita benar benar halusi diri...adakah kita ini sudah benar2 dianggap kembali kepada Allah, Tuhan sekalian alam?

ingatlah...
jika penyesalan yang berlarutan atas apa yang berlaku kepada kita..
maka kita masih belum redha akan segala taqdirNYA.
setiap sesuatu itu adalah di bawah pentadbiran Allah..