Adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan suntikan?
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
sumber: zaharuddin.net
Kesimpulan : Ramai dikalangan kita hanya sekadar memandang perkara zahir dalam ibadah kepada Allah. termasuk juga solat dan sebagainya. Namun mudah melupakan hakikat ibadah bagi kita untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, Tuhan semesta Alam. Sesungguhnya Allah mengetahui adakah hambaNYA ikhlas dalam beribadah kepadaNYA. Ikhlas itu bagaimana niatnya, bagaimana perjalanan Ibadahnya dan bagaimana dia mengahadapi setiap perjalanan ibadahnya. Adakah benar benar menyrahkan segala urusannay kepada Allah atau masih dalam kesombongan sendiri. Ingatlah , ikhlas bukan sekadar berkata " aku ikhlas kerana ALLAH."...fikir fikir kan lah