Ramadhan 2013, Apa yang kamu cari ?

Bismillah....
Salam penuh rahmat ..

Ibarat sekelip mata sahaja Ramadhan 2013 sudah hampir tiba.. rata rata kita lihat umat islam sibuk membersihkan masjid, mencuci masjid, mengecat semula dan tidak kurang juga yang sibuk membeli baju baru dengan tujuan untuk mengimarahkan masjid, memakmurkan masjid sepanjang Ramadhan. Bagi ustaz ustaz dan imam yang sering berceramah dan berkhutbah jumaat, sering mendendangkan kata kata semangat tentang kedatangan Bulan ramadhan, kelebihan dan fadhilat yang harus di kejar sepanjang bulan Ramadhan. di katanyan sudah setahun kita bergaul dengan dunia dan dosa, ini lah masanya kita berbanyakkan ibadat, minta ampun dan perbanyakkan pahala agar dapat masuk Syurga ALLAH....

Tidak kurang juga yang ingin mengejar janji ALLAH tentang satu malam yang bagi mencari kelebihan seumpaa seribu bulan, malam Lailatul qadar.

Namun, adakah itu hakikat manusia yang di ciptakan ALLAH di dunia ini?

Daku melihat masjid yang siap dan kemas disediakan untuk Ramadhan , bukankah itu lebih baik jika manusia yang meyucikan hatinya, mendidik nafsunya, mengurung kejahatan dirinya menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Bulan ramadhan. Itulah sepatutnya persedian manusia, bukan sekadar baju yang baru, shawl yang baru dan digosok kemas, semangat untuk solat terawih, i`tikaf sepertiga malam TETAPI masih memiliki hati yang tidak bersih (suka mengumpat, beramal semata2 kerana makhluk dan bukan Tuhan, hasad, dsb) dan kenginan dan bukan pengharapan.

Ingatlah, kelebihan ramadhan akan datang kepada setiap manusia namun harus ade terma dan syaratnya di sisi TUHAN. Bukan sekadar semangat dan cita cita untuk membaca Al-Quran hingga khatam, bukan terawih 20 rekaat penuh setiap malam ataupun i`tikaf di sepuluh malam terakhir.tapi harus di sediakan dengan hati yang suci dan bersih, pengharapan yang sebenarnya rahmat Tuhan.

Sesuungguhnya sudah ditunjukkan kepada kamu apa itu benar yang sebenar benarnya kepada ALLAH, di sisi ALLAH, dan apa yang di maksudkan dengan ikhlas kepada ALLAH. Sentiasa berada di pintu taubat, bukan seminggu sekali, sebulan sekali ataupun se ramadhan sekali...

Jika kita sentiasa benar dan ikhlas kepada ALLAH , maka sesungguhnya itulah jalan bagi mereka yang muqarrabin.

Ingatlah......Diriku
Diri ini juga bukanlah siapa, hanya si fakir yang mengharapkan belas ihsan ALLAH agar ALLAH masih memandang diri ini walaupun masih belum berpegang teguh padaNYA.