Terimbau kenangan

Bismillah...
Assalamualaikum...

Maaf agak terkeluar sedikit topik kita kita ini...sambil sambil mengadap internet , tiba tiba terjumpa artikel pasal saudara Isma Halil Hamzah. Ye saya tak pasti ramai lagikah di antara yang masih mengenali beliau. satu ketika dulu beliau merupakan kesukaan pendengar radio terutamanya di kala tengah malam, termasuklah saya. Hehehehe..

Banyak untaian kata kata beliau yang bergema di kalangan pendengar, sebab itulah beliau di sukai ramai pendengar ketika itu, terutamanya peminat lagu rock kapak...

Apa yang saya nak bawa di sini bukanlah untuk berbicara tentang beliau, tetapi masa yang telah saya tinggal sewaktu itu....bagaimana perjalanan saya sebagai seorang pelajar , bagaiamanakan kehidupan saya di kala itu. Sungguh begitu kita melihat diri kita di waktu itu, Allah sedang menunjukkan kepada diri ini tentang jalan yang kita lalui. Dan kita sendiri pun tahu jalan apakah yang kita lalui itu..itulah keadilan Allah..Allahu akbar..

Saudara saudara sekalian,

Imbaslah kehidupan kita...jika kita satu waktu dahulu, suka ke masjid, suka memakai serban, suka memakai kain rida, lalu kemakah sebenarnya kesukaan kita itu?
Benar benar kesukaan kerana Allah atau kesukaan kerana manusia, nafsu semata...
Sesungguhnya orang jahat itu tahu mereka jahat, tapi mereka yang dilihat baik tak tentunya mereka tahu dan sedar mereka sebenarnya di dalam kejahatan...



Gerbang 2019 : Menuju ke mana kita?

Bismillah...
Assalamualaikum...

Izinkan saya mula bicara dengan perjalanan mula tahun 2019 ini. bagaimanakan wajah perjalanan kita? Kita lihat kini perjalanan negara kita sendiri sedang melalui satu fasa perubahan. Perubahan pentadbiran negara, perubahan intensiti di antara kaum, perubahan dasar ekonomi, perubahan perjalanan sahsiah...dll.



Banyak yang berubah pada tahun 2019 ini untuk Malaysia. Banyak juga perkara yang berlaku di seluruh dunia, secara khususnya di Indonesia.

Apakah yang sedang Allah tunjukkan kepada kita?
 



Hukum mendengar muzik / lagu

Bismillah...

Ramai yang mungkin pening dengan persoalan ini. Kalau bertanya dengan ahli muzik, memang mereka akan sedaya upaya akan cuba mencari dalil untuk membolehkan muzik.

Saya cube bawa dulu penerangan mengikut penjelasan kitab (di ambil dari ustazfathulbari.wordpress.com) :

Daripada Ibnu Hazm Al-Andalusi yang mengkritik hadis mu’allaq di dalam Sahih Bukhari. Hadis mu’allaq adalah hadis tanpa sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi daripada sahabat. Di sisi ulama hadis, secara asalnya hadis mu’allaq merupakan hadis yang lemah dan tidak boleh diguna pakai. Tetapi ada hadis yang Imam Al-Bukhari bawa secara mu’allaq di dalam Sahihnya, antaranya adalah hadis pengharaman muzik.
Maka Ibnu Hazm Al-Andalusi yang merupakan ulama kurun ke-3H mengatakan bahawa hadis ini mu’allaq, dhaif dan tidak boleh dipakai. Dia di antara ilmuan Islam pertama yang menolak hadis-hadis mu’allaq dalam Sahih Bukhari, antaranya hadis Al-Ma’azif, di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang jazm/tegas).


Jadi wujud pendapat yang mengatakan muzik itu haram. Muzik mesti dijauhi dan dielakkan. Dalilnya banyak lagi, antaranya bukti dari perbuatan Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu apabila dia masuk ke rumah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dia mendengar budak perempuan yang masih kecil menyanyi sambil memukul duf. Apabila dia mendengarnya, dia marah lantas mencelanya dengan mengatakan, “Seruling-seruling Syaitan!” Nabi mengatakan kepada Abu Bakar, biarlah, mereka sedang berhari raya. Hadis ini menjadi antara titik utama perselisihan.
Satu kumpulan mengatakan Nabi mengizinkan, menunjukkan ada pengecualian. Maka wujudlah pandangan yang mengatakan boleh dengan bersyarat.

Pada pendapat saya yang, nak kata muzik itu haram, betul sekiranya ia membuat hati kita jauh dengan Allah . Namun kita lihat Sunan kali jaga membawa Islam di Nusantara dengan muzik dan lagu pada awalnya. Adakah Sunan Kali Jaga salah?

Bagi saya, rujuk pada diri, muhasabah pada diri...kerana apabila hati sudah bersih/ benar dengan Allah, nescaya begitu juga kita akan melihat bagaimana keadaan muzik itu sendiri....
mana mungkin batil akan bercampur dengan yang benar..
Senang cerita, tepuk dada, berfikir dengan hati.....


pernahkan anda mendengar lagu bila Rumi menari?
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Rindu (ya


Berapa jauh perjalanan kita di dalam kehidupan ini



Bismillah...

 Sempena tahun baru masehi 2019 yang baru sahaja membuka tirai ini. marilah sama sama kita renungkan, berapa lamakah perjalanan kita di dalam kehidupan di dunia ini?

Mungkin ramai yang tak pernah memikirkan perkara ini, mungkin ramai juga yang tidak mahu memikirkan perkara ini kerana sibuk dengan urusan dunia, atau takut kehilangan nikmat dunia, ataupun takut akan janji Allah apabila kita kembali pulang...

Berapa jauh perjalanan kita? 80 tahun? 60 tahun? atau 50 tahun?

Ingatlah saudara, kalau di kira umur Nabi pun 63 tahun sahaja. Dan kalau di kira dari sudut ketentuan Allah, bila bila masa sahaja sahaja..

Apakah dan bagaimanakan pengakhiran kembalinya kita ?

Apakah kita dalam keadaan redha lagi di redhai?

Ramai orang Islam berkata " mereka ingin mencari redha Allah". Namun, bagaimana mereka ingin mencari redha Allah, sedangkan mereka tidak pernah redha dengan ALLAH...

Perjalanan 2019

Dengan lafaz BISMILLAH...

Assalamualaikum....

Salam penuh rahmat dan keberkatan....Sudah lama hamba tak menulis. Sibuk dengan kerja dunia, persatuan, kelab sukan memanah, dan macam macam lagi pada tahun 2018. Mudahan Allah mempermudahkan urusan hamba untuk menukil segenggam dua pengalaman yang hamba jalani pada tahun ini..Amiiin.