Ramai yang mungkin pening dengan persoalan ini. Kalau bertanya dengan ahli muzik, memang mereka akan sedaya upaya akan cuba mencari dalil untuk membolehkan muzik.
Saya cube bawa dulu penerangan mengikut penjelasan kitab (di ambil dari ustazfathulbari.wordpress.com) :
Daripada Ibnu Hazm Al-Andalusi yang mengkritik hadis mu’allaq di dalam Sahih Bukhari. Hadis mu’allaq adalah hadis tanpa sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi daripada sahabat. Di sisi ulama hadis, secara asalnya hadis mu’allaq merupakan hadis yang lemah dan tidak boleh diguna pakai. Tetapi ada hadis yang Imam Al-Bukhari bawa secara mu’allaq di dalam Sahihnya, antaranya adalah hadis pengharaman muzik.
Maka Ibnu Hazm Al-Andalusi yang merupakan ulama kurun ke-3H mengatakan bahawa hadis ini mu’allaq, dhaif dan tidak boleh dipakai. Dia di antara ilmuan Islam pertama yang menolak hadis-hadis mu’allaq dalam Sahih Bukhari, antaranya hadis Al-Ma’azif, di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang jazm/tegas).
Jadi wujud pendapat yang mengatakan muzik itu haram. Muzik mesti dijauhi dan dielakkan. Dalilnya banyak lagi, antaranya bukti dari perbuatan Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu apabila dia masuk ke rumah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dia mendengar budak perempuan yang masih kecil menyanyi sambil memukul duf. Apabila dia mendengarnya, dia marah lantas mencelanya dengan mengatakan, “Seruling-seruling Syaitan!” Nabi mengatakan kepada Abu Bakar, biarlah, mereka sedang berhari raya. Hadis ini menjadi antara titik utama perselisihan.
Satu kumpulan mengatakan Nabi mengizinkan, menunjukkan ada pengecualian. Maka wujudlah pandangan yang mengatakan boleh dengan bersyarat.
Pada pendapat saya yang, nak kata muzik itu haram, betul sekiranya ia membuat hati kita jauh dengan Allah . Namun kita lihat Sunan kali jaga membawa Islam di Nusantara dengan muzik dan lagu pada awalnya. Adakah Sunan Kali Jaga salah?
Bagi saya, rujuk pada diri, muhasabah pada diri...kerana apabila hati sudah bersih/ benar dengan Allah, nescaya begitu juga kita akan melihat bagaimana keadaan muzik itu sendiri....
mana mungkin batil akan bercampur dengan yang benar..
Senang cerita, tepuk dada, berfikir dengan hati.....
pernahkan anda mendengar lagu bila Rumi menari?
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Rindu (ya…