Terimbau kenangan

Bismillah...
Assalamualaikum...

Maaf agak terkeluar sedikit topik kita kita ini...sambil sambil mengadap internet , tiba tiba terjumpa artikel pasal saudara Isma Halil Hamzah. Ye saya tak pasti ramai lagikah di antara yang masih mengenali beliau. satu ketika dulu beliau merupakan kesukaan pendengar radio terutamanya di kala tengah malam, termasuklah saya. Hehehehe..

Banyak untaian kata kata beliau yang bergema di kalangan pendengar, sebab itulah beliau di sukai ramai pendengar ketika itu, terutamanya peminat lagu rock kapak...

Apa yang saya nak bawa di sini bukanlah untuk berbicara tentang beliau, tetapi masa yang telah saya tinggal sewaktu itu....bagaimana perjalanan saya sebagai seorang pelajar , bagaiamanakan kehidupan saya di kala itu. Sungguh begitu kita melihat diri kita di waktu itu, Allah sedang menunjukkan kepada diri ini tentang jalan yang kita lalui. Dan kita sendiri pun tahu jalan apakah yang kita lalui itu..itulah keadilan Allah..Allahu akbar..

Saudara saudara sekalian,

Imbaslah kehidupan kita...jika kita satu waktu dahulu, suka ke masjid, suka memakai serban, suka memakai kain rida, lalu kemakah sebenarnya kesukaan kita itu?
Benar benar kesukaan kerana Allah atau kesukaan kerana manusia, nafsu semata...
Sesungguhnya orang jahat itu tahu mereka jahat, tapi mereka yang dilihat baik tak tentunya mereka tahu dan sedar mereka sebenarnya di dalam kejahatan...