Rawatan suntikan ketika berpuasa



Assalamualaikum

Salam Ramadhan 1440 untuk semua, mudahan kita menjalani ramadhan seperti mana yang di sukai oleh Allah, amiin.

Di sini ada permasalahan tentang rawatan suntikan ketika kita berpuasa. Adakah suntikan akan membatalkan puasa kita?

Jawapan:

Dalam Fatawa Muasirat, Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan, “Sudah jelas pada kita bahawa suntikan dengan pelbagai cara serta penggunaan ubat sisip, semuanya bukan melibatkan makan dan minum. Maksud ketetapan syariat berkaitan puasa adalah jelas, iaitu tidak makan,tidak minum, serta meninggalkan nafsu syahwat. So, tak perlulah menyusahkan pengertian puasa dengan menokok tambah perkara2 yang tak dinyatakan oleh Allah.

Dalam Fiqhus Sunnah karya Syed Sabiq, menerima suntikan adalah diharuskan dalam bulan Ramadhan, tidak kira sama ada melalui otot, pembuluh darah, kulit dan seangkatan dengannya. Ini disebabkan, jalan kemasukan ubat ini tidak melalui jalan biasa iaitu melalui mulut.

Ibnu Hazmin berkata, “Tidak batal berpuasa dengan memasukkan ubat ke dalam telinga, hidung ataupun saluran kencing”. Walaupun begitu, Syeikh bin Jibreen memberi amaran apabila suntikan itu mengandungi bahan2 makanan yang boleh menyegarkan pesakit dan bukannya ubatan, maka puasanya dihukum batal.

sumber : mysuarablog.blogspot