Chong Wei dan Solat Terawih

Malam nih boleh di katakan malam mendebarkan bagi rakyat malaysia. Menanti kemenangan sulung Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Dunia. Terlalu banyak yang di perkatakan, terlalu menggunung pujian. Namun akhirnya Chong wei kalah juga di tangan musuh ketatnya, super Lin Dan.

begitu juga, sedar atau tidak, malam ini juga merupakan malam mendebarkan bagi umat islam di Malaysia, khususnya pemain dan peminat badminton seperti hamba yang hina dina ini. ALLAH menzahirkan dugaan di pertengahan Ramadhan,bukan kerana bisikan syaitan tetapi mampukah umat islam di Malaysia ini menghimpit nafsu mereka, dan kecintaan mereka terhadap dunia, lalu dengan keadaan mencari keredhaan , mengadap ALLAH , berbicara dengan ALLAH di malam yang melimpah keberkatan dari ALLAH.

Mungkin jika dilihat dari sudut hukum, Solat terawih itu hanya sekadar sunat muakkadah. Namun, bagi seorang hamba yang tidak sabar menanti dan terlalu merindui Ramadhan, tidak akan cukup 30 hari itu bagi mereka. Tetapi bagi kita yang terlalu tipis iman di dada, Ramadhan itu umpama bulan yang tiada ape melainkan sedikit kelebihannya. Malah lebih teruk lagi ade yang menganggap bulan Ramadhan sebagai bulan yang membebankan.Na`uzubillah. Ape pun, Chong dah kalah. Walaupun orang kata rubber set la, deuce la, menang tipis la.....dia tetap KALAH. sudah tertulis di Lauhul Mahfuz.Dan bagaimana pula umat islam yang asyik menonton perlawanan sehingga kononya sangat mendebarkan jantung, menjerit, sedih tetapi sesungguhnya semua itu adalah untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, dapatkah umat islam yang menonton perlawanan Chong wei solat Isya` berjemaah di Masjid atau di surau? ALLAHU A`LAM.