Dugaan si manis bertudung labuh

Bagi sang puteri yang cekal hatinya dalam mengharungi kehidupan ini dalam keaadan mencari redha ALLAH, itu lah kemanisan yang sebenar bagi mereka. Salah satu perkara yang amat berat untuk di laksanakan adalah bertudung labuh. Sungguhpun di waktu pelajar sang puteri memakai kemas pakaian yang menjadi lambang muslimah, mujahidah islam, namun tatkala keluar ke medan yang sebenar, ramai yang tewas.

hilanglah keayuan yang sejati, kemanisan yang sejati. maka pudarlah ertikata melihat sang puteri , merasa dekat diri sang teruna dengan ALLAH. Hanya timbul di hati tuntutan nafsu semata.





Mudah semua mujahidah akan cekal menghadapi medan sebenar kehidupan dunia ini.

" Ya ALLAH, berikan kekuatan bagi mereka yang menutup aurat keranaMU ya ALLAH, dalam menghadapi perjalan hidup yang penuh dengan fitnah ini ya ALLAH."

Wahai si manis yang cekal bertudung labuh, bergembiralah dirimu di sini dan di akhirat kelak, selama mana kamu ikhlas hanya kerana ALLAH.


-Ibnu_