Ramadhan dan Syawal : Suatu pengertian

Bismillahirrahmanirrahim...

Tup tap tup tap, pejam celik pejam celik balik.....kita dah sampai penghujung Ramadhan. Artikel saya sebelum ini ada mengatakan tentang kehadiran Ramadhan, dan kali ini kita cuba bawa diri di akhir Ramadhan.

Ramadhan dan Syawal, akhirnya Ramadhan, muncullah Syawal...dua bulan yang biasa di lihat orang orang kita sebagai bulan untuk mengumpul pahala dan melampiaskan nafsu makan...

Tali apakah sebenar perjalanan kita di dua bulan ini? Mari saksikan lagi dari kumpulan dendang anak ini...mungkin kita boleh melihat sedikit pergertiannya.


Syawal tiba bagi menanda
Mengawal hiba dalam gembira
Tabir Ramadhan maka tiba
Berakhir sebulan kita berpuasa

Berhari raya bagi meraya
Hari mulia bagi yang mengEsa
Dari mula kita berpuasa
Demi yang Esa kita perhamba

Aidilfitri di rayakan
Sebagai tanda kesyukuran
Moga kita umat pilihan
Bagi memikul.kalimat Tuhan

Raikanlah dengan pengertian
Sambutlah ia dengan kesyukuran
Maksud kita dengan Tuhan
Maksus kita sebagai insan

Bergema takbir bagi membesarkan
Menanda akhir sebulan Ramadhan

Bergema takbir bagi membesarkan
Menyata kabir kebesaran Tuhan

zakat fitrah online

Dalam menuju fasa akhir Ramadhan, semestinya ramai orang akan berpusu pusu untuk membayar zakat fitrah. Namun, dengan merebaknya wabak covid-19 yang membawa kepada fenomena penjarakkan sosial, semestinya ramai yang tidak dapat membayar zakat secara bersemuka dengan Amil.

Dan walaupun dalam pkp, kita masih wajib membayar zakat, iaitu secara online. Timbul pula persoalan orang ramai, sah ke? Mana akadnya? 

Menurut jawatankuasa fatwa Melaka bertarikh 9 jun 2011 dan Majlis fatwa Selangor bertarikh 24 Disember 2010 mengharuskan zakat melalui SMS dan Online.

Tapi kalau masoh ragu ragu, boleh la pergi ke pejabat zakat negeri. Rasa mereka buka kaunter secara pandu lalu untuk bayar zakat.

Yang penting niat nak bayar zakat, dan juga bayar zakat.