zakat fitrah online

Dalam menuju fasa akhir Ramadhan, semestinya ramai orang akan berpusu pusu untuk membayar zakat fitrah. Namun, dengan merebaknya wabak covid-19 yang membawa kepada fenomena penjarakkan sosial, semestinya ramai yang tidak dapat membayar zakat secara bersemuka dengan Amil.

Dan walaupun dalam pkp, kita masih wajib membayar zakat, iaitu secara online. Timbul pula persoalan orang ramai, sah ke? Mana akadnya? 

Menurut jawatankuasa fatwa Melaka bertarikh 9 jun 2011 dan Majlis fatwa Selangor bertarikh 24 Disember 2010 mengharuskan zakat melalui SMS dan Online.

Tapi kalau masoh ragu ragu, boleh la pergi ke pejabat zakat negeri. Rasa mereka buka kaunter secara pandu lalu untuk bayar zakat.

Yang penting niat nak bayar zakat, dan juga bayar zakat.