Kasihku Kepada isteriku

Cerita ini ini amat berharga untuk diriku....betapa aku kasih terhadap isteriku.....

"Abang , minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. " Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


************************************************************************


Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

pena: Begitu juga isteriku, tiada yang lebih hebat selain isteriku...yang amat kucintai. kelemahannya ku tampal dengan kekuatan diriku, kekurangan diriku telah di isi dengan sifat dirinya .

Kemanisan Haji

Aku merintih, ku menangis, ku tertawa melihat gelagat diriku di waktu lampau. Penuh dengan kesengsaraan dosa yang kucipta sendiri demi keseronokn ku, kesenangn ku. Aku menangis, kan apa yang telah ku perbuat selama ini. Mungkin telah mengecewaka ibu ku, satu satunya manusia yang aku berusaha untuk tidak mahu melukakan hatinya.Aku terduduk di bumi arafah, tanggal beberapa hari sebelum berlakunya ape yang dikatakan sebagai haji akbar, 2006.

Setiap waktu aku berfikir, dalam keadaan sejuk dan mengigil, hanya memakai pakaian ihram, namun aku tidak merasa semua itu, hanya fikiran sibuk berfikir. Mengapa aku disini? Adakah hanya kerana ingin menunaikan hajat untuk membawa ibu ke tanah suci? Itu sahaja?..Semasa dua minggu aku berada di bumi Mekah, Aku masih meneruskan kehidupanku seperti biasa. Aku gembira bertemu dengan Baitillahilharam. Tempat suci bagi umat islam. Namun tiada getiran yang timbul dihatiku…kenapa ini? Ku teruskan jua perjuangan ku…Berpagi- pagi dan berhari hari memenuhi tanggungjawabku sebagai seorang hamba yang datang ke tempat suci untuk menunaikan kewajipan terhadap Rabbul izzati, dan juga tidak pernah sekali pun ku lupa tanggungjawabku sebagai seorang anak kepada ibuku. Jarak hotel yang jauhnya hmpir satu kilometer tidak pernah terlintas keluhan dihatiku untuk berbakti kepada ibu. 3 ulang alik dari hotel (Sevilla Barakat) ke Baitillhilharam sudah menjadi rutin harian ku selama 2 minggu disitu. Aku cube sebaik mungkin untuk menjaga ibu semasa disini. Aku pimpin tangan ibuku semasa melalui jalan ke baitillahilharam. Kasihan ibuku, usia sudah mencecah 66 tahun ketika itu. Namun berkat semangatnya yang begitu kuat, Alhamdulillah, sanggup dia menjalani kehidupan di bumi suci denga redha. Namun aku masih belum mendapat jawapan sejati mengapa aku disini. Hanya kegembiraan yang terpancar di wajah ku apabila setiap kali aku duduk bersila di hadapa kaabah, binaan Nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH.

Sehingga aku berdiam seketika di bumi Arafah.Tiada ape disana. Hanya khemah dan kesejukan yang mengisi ruang. Kerana aku masih muda, secara sukarela aku menjaga pakcik pakcik yang uzur yang duduk satu khemah dengan ku, pun begitu aku tidak pernah melupakan ibu ku. Saban waktu aku akan pergi ke khemah ibuku dan bertanya khabar ibu ku. Sehingga makcik makcik disana menganggap aku seperti anak mereka sendiri. Kerana berkat kasih ku kepada ibu. Namun ini bukan yang aku minta, yang aku ingin kan. Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan hamba kepada ALLAH. Aku masih tercari mengapa aku disini. Sehingga satu ketika, aku duduk seorang diri di musolla. Termenung, berfikir, mengimbau kisah lama, mengimbau diri ini. Lalu aku menadah tangan ke hadrat tuhanku.

“ Ya Allah ya tuhanku yang maha berkuasa dan maha mengasihani, tiada yang lain setanding KAU ya ALLAH. Aku menghambakan diriku disini, mencari sesuatu yang aku cari, dan hingga kini akhirnya KAU tunjukkan kepadaku ya ALLAH. Tuhanku, tiada apa yang mampu ku minta walaupun terlalu banyak keinginanku. Datangnya aku kesini hanya untuk meminta BELAS KASIHAN dariMU ya ALLAH. Belas kasihan dariMU ya Rahman, Belas kasihan dariMU ya Rahim. Mudaku tiada lebih gagah dari MU, fikiran tiada lebih jauh dariMU ya ALLAH. Kasihanilah diriku. Terlalu banyak yang telah ku perbuat sehingga membawa kelalaian ku, Kasihanilah diriku ya ALLAH. “

Ketika itu lah , tidak ku sedar air mata begitu deras mengalir sehingga basah kain ihram ku. Sudah ku jumpa mengapa ku disini. Ingin memohon belas ihsan dari tuhanku, ALLAH yang maha pemurah. Selama beberapa ketika aku dalam keadaan yang serba pilu. Surau sudah mula sesak. Pakcik pakcik yang lain sibuk memerhatikan aku. Seolah olah mereka menganggap aku dah melakukan satu dosa yang amat besar. Tak kisahla la…janji aku dah temui ape yang yang sebenarnya mendorong aku ke mari.

Alhamdulillah, tiada kesukaran yang ku tempuhi sepanjang di bumi arafah. Begitu juga dengan ibuku. Sehingga kami tiba di bumi Mina. Kami tiba di bumi Mina pada pukul 1.30 pagi. Setelah menghantar ibu ke khemah, saya secara tiba tiba tiba menjadi lebih sibuk dari petugas Tabung Haji.Kerana petugas waktu itu amat kurang, jadi saya secara tiba tiba menolong makcik membawa mereka hingga ke khemah masing masing. Maktab 84, maktab 83, maktab 85, maktab 86… semua ku jelajah. Tak tahu macamana boleh terlibat dalam program sukarela. Kuasa ALLAH, seolah olah ALLAH memberi peringatan “ Tadi kamu dalam keadaan dahif datang kepadaKU memohon belas kasihan. Aku uji kamu dengan kesibukan, adakah kamu bersabar?”.Saya beristighfar banyak kali. Process penempatan jemaah haji berlaku sehingga pukul 9 pagi. Nonstop. Dan aku hanya berhenti ketika Solat Subuh. Dan di akhir sekali hanya aku seorang yang berlegar di kawasan maktab. Takut ade makcik yang masih terkial kial mencari khemah. Uhh..manis nya pengalaman ini. Ini lah Kuasa ALLAH untuk menguji hambaNYA yang masih setahun jagung ini. Walaupun seketika, masih terasa ujian yang melanda. Alhamdulillah, mampu ku tempuhi dengan pertolongan ALLAH.

ALLAHU AKBAR.