Kebenaran yang hakiki

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....

Sudah terlalu lama hamba tidak mengendahkan blog hamba ini. terlalu sibuk dengan urusan dunia barangkali. Ampuni diriku ya ALLAH. tidak banyak yang ingin di perkongiskan, mudahan dengan izin ALLAH, dapat hamba ber kongsi sedikit ape yang bersarang di qalbu ini.

Kebenaran yang hakiki. itu lah yang hamba ingin kongsikan sekadar ape yang ALLAH telah kurniakn pemahaman kepada hamba. Apakah kita akan rasa selesa dengan kehidupan sehari2 kita sekarang? apakah kita akan rasa gembira dengan kenaikan pangkat, mendapat duit, pinjaman di luluskan, atau pun kita bersedih kerana sesuatu musibah yang melanda? itukah maksud kehidupan kita di dunia ini. Nah....mungkin bagi kita semua peringatan ini sudah acap kali di laungkan oleh para ustaz...tapi juga kita seringkali lupa dan tanpa sedar akan masuk di dalam dimensi duniawi dan sibuk dengan bertuhankan makhluk dari hari ke hari...

Jadi bagaimanakan maksud kebenaran hakiki itu? Sesungguhnya kebenaran hakiki itu tidak akan seskali terlihat oleh manusia selagi mana terdapat hijab untuk kita samapai kepada ALLAH S.W.T. dan itulah yang melanda diri ini...hijab terlalu tebal...pagi sedar, petang kambali...begitu juga sedar di kala petang..namun malam sudah mula melupai...dah begitulah silih berganti...betapa hati ini masih begitu rapuh untuk mancapai tahap istiqamah dalam mencari kebenaran hakiki.....

ucapan keyakinan kepada ALLAH atas dasar mulut sahaja..namun di hati masih sangsi dan ragu dengan ALLAH...



وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54



ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang ,Allah juga merancang. Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”



Mengapa amat susah untuk kita kembali kebali kepada ALLAH dalam segala hal? baik mahupun buruk, gembira mahupun sedih, berjaya mahupun gagal. sungguhpun di dalam hal menyucikan hati, tidak ade kebergantungan kita dengan sesama makhluk. kebergantungan kita hanyalah kepada ALLAH. usahlah diri ini takut akan apa yang berlaku pada hari esok kerana kita hanyalah hamba kepada ALLAH. kalau kita sudah risau akan perkara di dunia ini; seperti gaji, jawatan, isteri, homework...maka itulah ketuhana kita terhadap makhluk....namun begitu harus menbedakan antara tanggungjawab dengan ketakutan.

 Ya ALLAH bersihkan diri ini daripada sifata takut dengan kehilangan sesuatu di dunia ini...