Solat subuh sewaktu di Masjidil Haram, 2007, entah ayat apa yang dibaca oleh Imam di Masjidil Haram yang membuatkan beliau terhenti membaca surah kerana menahan sebak dan seketika kemudian meneruskannya di selang seli dengan esakan tangis yang perlahan …. sungguh memilukan. Air mataku turut mengalir bersama, tetapi lebih kepada merasai suasana kesedihan yang dirasai oleh Imam tersebut dan bukan kerana aku faham apa yang dibaca. Aku merasa amat rugi kerana tidak tahu ayat apa yang dibaca dan apa kandungan ayat yang dibaca sehingga membuatkan ia menangis begitu.
Tapi insiden tersebut benar-benar memberi kesan kepadaku. Aku merasakan betapa ruginya diri ini kerana selama berpuluh tahun aku bersembahyang tapi aku tidak faham apa yang aku baca di dalam solat. Lebih rugi lagi, waktu seminit dua yang kuluangkan untuk berinteraksi dengan Penciptaku tidak aku gunakan sepenuhnya. Sembahyang hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Sesungguhnya bagi junjungan besar Nabi kita, Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda, waktu bersembahyang adalah waktu seorang hamba berkomunikasi dengan Tuhannya. Mereka merintih dalam sembahyang mereka, mengadu kepada Tuhan Rabbul Jalil. Mereka melepaskan rindu mereka kepada Penguasa Seluruh Alam ketika di dalam solat.
Bagi kita, umat di akhir zaman ini, solat atau sembahyang adalah tidak lebih dari satu rutin yang wajib kita laksanakan. Selagi tidak solat, tidak senang hati rasanya. Selesai solat, rasa sudah tertunailah tanggungjawab kita. Tapi sebenarnya, Allah tidak memerlukan solat kita. Kita yang sebenarnya sangat memerlukan solat tersebut.
Aku berazam untuk memahami makna beberapa ayat-ayat penting di dalam al-Quran yang mana aku boleh gunakan di dalam sembahyangku. Doa-doa yang terdapat di dalam al-Quran juga boleh aku hafal berserta memahami maknanya bagi memperbaiki komunikasiku dengan Allah Ta’ala. Moga Allah memperkenan.