Apabila orang bukan islam menyamar menjadi muslim untuk meminta minta





Mengapa mereka menyamar sebagai muslim. Kerana mereka tahu agama Islam adalah agama yang membawa kepada belas kasih sesama manusia. Jadi mereka menggunaka cara itu untuk meraih simpati , mencari duit. Namun , adakah kita perlu marah untuk perkara ini. jika ya, apa tindakan kita itu kerana agama atau tidak puas hati duit kita diambil orang yang menipu. Kalau kita marah kerana mereka memperolokan agama, bagaimana pula dengan orang munafik?

 Jika tidak perlu marah, apakah cara terbaik untuk menangani perkara ini. adakah patut kita bawa mereka , duduk bincang. berkongsi masalah.

Saya rasa, di Malaysia ada juga benda nih. ada yang mengaku Mualaf, ada juga yang mengaku OKU
ada juga kita lihat pakcik pakcik cina duduk di surau di highway meminta bantuan. mengatakan mereka mualaf. Kerana mereka tahu Islam menyuruh manusia untuk bersedekah.

Hidayah milik ALLAH

Rawatan suntikan ketika berpuasa



Assalamualaikum

Salam Ramadhan 1440 untuk semua, mudahan kita menjalani ramadhan seperti mana yang di sukai oleh Allah, amiin.

Di sini ada permasalahan tentang rawatan suntikan ketika kita berpuasa. Adakah suntikan akan membatalkan puasa kita?

Jawapan:

Dalam Fatawa Muasirat, Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan, “Sudah jelas pada kita bahawa suntikan dengan pelbagai cara serta penggunaan ubat sisip, semuanya bukan melibatkan makan dan minum. Maksud ketetapan syariat berkaitan puasa adalah jelas, iaitu tidak makan,tidak minum, serta meninggalkan nafsu syahwat. So, tak perlulah menyusahkan pengertian puasa dengan menokok tambah perkara2 yang tak dinyatakan oleh Allah.

Dalam Fiqhus Sunnah karya Syed Sabiq, menerima suntikan adalah diharuskan dalam bulan Ramadhan, tidak kira sama ada melalui otot, pembuluh darah, kulit dan seangkatan dengannya. Ini disebabkan, jalan kemasukan ubat ini tidak melalui jalan biasa iaitu melalui mulut.

Ibnu Hazmin berkata, “Tidak batal berpuasa dengan memasukkan ubat ke dalam telinga, hidung ataupun saluran kencing”. Walaupun begitu, Syeikh bin Jibreen memberi amaran apabila suntikan itu mengandungi bahan2 makanan yang boleh menyegarkan pesakit dan bukannya ubatan, maka puasanya dihukum batal.

sumber : mysuarablog.blogspot