Berapa jauh perjalanan kita di dalam kehidupan ini



Bismillah...

 Sempena tahun baru masehi 2019 yang baru sahaja membuka tirai ini. marilah sama sama kita renungkan, berapa lamakah perjalanan kita di dalam kehidupan di dunia ini?

Mungkin ramai yang tak pernah memikirkan perkara ini, mungkin ramai juga yang tidak mahu memikirkan perkara ini kerana sibuk dengan urusan dunia, atau takut kehilangan nikmat dunia, ataupun takut akan janji Allah apabila kita kembali pulang...

Berapa jauh perjalanan kita? 80 tahun? 60 tahun? atau 50 tahun?

Ingatlah saudara, kalau di kira umur Nabi pun 63 tahun sahaja. Dan kalau di kira dari sudut ketentuan Allah, bila bila masa sahaja sahaja..

Apakah dan bagaimanakan pengakhiran kembalinya kita ?

Apakah kita dalam keadaan redha lagi di redhai?

Ramai orang Islam berkata " mereka ingin mencari redha Allah". Namun, bagaimana mereka ingin mencari redha Allah, sedangkan mereka tidak pernah redha dengan ALLAH...