Mengapa ade Puasa 6 hari di bulan Syawal

Bismillah...

Jika kita lihat zaman kini, ramai yang berlumba lumba ingin berpuasa 6 di bulan syawal. Rata-rata berjumpa selepas cuti raya pasti akan bertanya. " kau puasa 6 ke hari nih?".

Yang ingin saya kongsikan disini bukanlah kesangsian tentang puasa 6 itu sendiri. Itu anda boleh cari dan tawajjuh lah kepada Allah, pemilik segala pengetahuan dan kebenaran.

Namun, apakah puasa itu sendiri pada diri kita? adakaha ia :

1. sekadar melaksanakan rukun Islam untuk membuktikan pada orang lain bahawa kita orang Islam.
2. adakah sekadar kita mengikut orang lain untuk berpuasa.
3. dan lebih nampak seperti nampak baik adalah adakah kita berada di kelompok mereka yang mengejar ganjaran dan ganjaran dan lebih ganjaran lagi?

jika kita lihat perjalanan sebenar ibadah puasa dari sudut hubungan sang hamba kepada Tuhan. semua di atas itu adalah semata mata penjara dunia dan akhirat bagi kita. Tidak dinafikan janji Tuhan tentang ganjaran bagi mereka yang beribadah dengan ikhlas kepadaNYA. Tapi adakah kita melihat ganjaran itu ataupun kita sepatutnya melihat rahmat dan belas kasih Tuhan terhadap hambaNYA yang sentiasa beribadah kepadaNYA.

Saudara ku...
terlalu banyak kali kita tergelincir pada ganjaran dari Tuhan. Hatta mereka yang mengaku ustaz, ataupun orang yang pandai ilmu agama pun selalu terpalit dengan penjara ini. Saya pernah kongsikan di sini..

Saudaraku,
perjalanan hidup kita adalah di bawah kekuasaanNYA, di bawah takdirNYA, dan di bawah kehendakNYA...lalu apakah yang harus kita cari dalam perjalanan hidup ini? renung renungkanlah...