Covid 19 di Malaysia : Adakah kita tersilap langkah lagi?


 

Gelombang ketiga (atau ke empat?) sudah melepasi thresh hold gelombang yang sebelumnya. kes harian sudah mencecah lebih 6000 kes. Tak lama lagi bukan perkara mustahil untuk kes mencecah lebih 10000 sehari. Semua menuding jari, siapa yang nak dipersalahkan? 

Dari pihak politik, pembangkang menyalahkan pihak pentadbiran kerajaan kerana gagal dalam mengawal pandemik, lambat tindakan, dan macam macam lagi. Pihak pentadbiran kerajaan pula, Orang ramai yang tidak patuh SOP, masalah dengan pihak kerajaan negeri yang di pimpin pihak pembangkang, tekanan dari pihak penjana utama ekonomi negara. Dari pihak rakyat pula fed up dengan SOP dari pihak pentadbiran kerajaan yang bercelaru, tidak seragam dalam menangani pandemik.

Jadi, apa sebenarnya yang terjadi?

Ingat kah kita pada kes pertama, apabila kes perhimpunan tabligh menjadi pebualan umum, dan diikuti kluster yang lain sehingga grou pentadbiran kerajaan mengenakan PKP penuh 3 bulan satu Malaysia. Bayang betapa seksa masing masing yang tak pernah duduk di rumah 24 jam, terpaksa duduk di rumah sepanjang hari. Sehingga kononnya mengakibatkan gangguan emosi, apa apa lah....masing masing...Norma baru yang tak normal bagi kita ( tak pernah kita fikir pula yang kita buat selama ini normal ke tidak di sisi Allah).

gelombang kedua datang diakatakan selepas politik di sabah. Ahli politik merentas negeri dan bawa balik virus. Politik berbalah masing2. Pembangkang kata Pilihanraya bukan penyebabnya. Pentadbiran kerajaan pula buat darurat politik. Bagi rakyat pula, semua lupa daratan selepas PKP penuh....dengan semua mula bercuti sakan. Nak hilangkan stress terperuk di rumah katanya. Nak kena hidup udara segar. Mula berjumpa, bergaul, dan dah start melepak. Walupun ada SOP dan norma baru tapi susah juga nak praktiskan. 

Dan kini pandemik kembali dengan gelombang ketiga yang menjadi lebih besar lagi. Bukan Malaysia sahaja. Di negara lain juga. Di malaysia, adakah kerana kluster Bazar Ramadhan, Terawih dan Raya? Gelombang ketiga ini bukan Islam juga ramai yang di jangkiti. Kluster makan restoran? Apa yang penting variant covid19 ini sudah ber mutasi dan membuatkan ramai jadi perumah tanpa di sedari ( tiada simptom). 

Bagi kita orang Islam, kalau boleh di lihat dari satu sudut, sepatutnya kita boleh membawa kembali diri kita kepada landasan yang sebenarnya. Ramadhan tidak berbuka dengan melampau, duduk di rumah sepanjang Ramadhan dengan Ibadah, yang bulan sebelumnya kita dah boleh praktis sebab bekerja di rumah. 

Hari Raya pula tidak di Raya kan dengan melampaui batas. Bagaimana pula dengan Terawih? Solat berjemaah waktu bulan puasa dan solat terawih sahaja itu menunjukkan kita sebenarnya munafik di sisi Allah, betul tak? Beribadah beria-ia di bulan Ramadhan, terawih bersungguh berjemaah di masjid, lepas Raya? balik asal. Mencari kelebihan 1000 bulan sedangkan malam itu adalah untuk mereka yang benar2 beribadah kerana ALLAH sepanjang masa dan Rasulullah juga mengkhabarkan di hadapan para sahabat yang benar akidah mereka. Dan kita? Kita pun tahu sendiri diri kita. Tanyalah diri kita sendiri.

Kita nak tipu Allah ke? Kita beribadah nak kumpul pahala ke? kita beribadah nak Syurga ke? Kita sedang memperkecilkan kekuasaan Allah ?

Lalu di mana letaknya beribadah kerana ALLAH?

Betapa kita sedang memperkecilkan skop pengenalan kita kepada TUHAN.

Fikir fikirkan lah...