jiwa yang mati

Bismillah..

Assalamualaikum

pagi pagi hari ini, ketika sedang memandu ke tempat kerja, terdetik pula hamba nak dengar bapakku.fm. Dah lama tak dengar. buka buka terus dengar Isma Halil Hamzah sedang berborak dengan To`ki. Mesti ramai yang sedia maklum cerita To`ki kebelakangan ini. Cuma di sini saya bukan ingin mernghuraikan perihal To`ki. Tapi isi bicara mereka.

Di saat bicara mereka, To`ki banyak membicara tentang perjalanan dan Ketuhanan, yang mana beliau menghubungkan setaip lagunya dalam dua keadaan ini. Baru saya tahu lagu zikir kasih dari Ukays itu lagu beliau.

Baiklah, apa kaitan pula dengan tajuk bicara saya hari ini? Sebenarnya tajuk ini adalah pada sudut sisi saya. Ketika mendengar, sebenarnya diri sendiri ini sedang menyimpang, melihat diri, rasa diri ini banyak berfikir yang lain selain Allah.



Jiwa, raga dan sukma....

Jiwa yang tidak pernah ada tujuan bergerak kepada Allah, raga mana mungkin akan bergerak juga kepada Allah, dan sukma itu akan terus terpenjara dan tertanam untuk sampai kepada Tuhan.

Mungkin ramai yang kata, saya ingin menuju Allah, ramai yang mendakwa melakukan ibadah dan pekerjaan kerana Allah, namun kalau di halusi , kita boleh merasa itu semua adalah semangat semata mata dan setaiap semangat itu juga akan deselangi dengan lelah, penat, bosan.

Jiwa yang ingin kembali kepada Allah, adalah satu yang asas buat yang benar benar ingin kembali kepada Allah. Jika tidak, saya masih belum benar dengan Allah.

Dan Allah maha mengetahui siapa benar benar menginginkan hidayahNYA

Ingatlah diri, bahagia yang asli bukan lah bahagia pada dunia, kerana dunia ini tidak di ciptakan untuk menenteramkan.