Hukum menggunakan inhaler ketika berpuasa

Bismillah...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam..

"Ya Allah, tunjukkan daku kebenaran yang haq disisiMU, untuk aku jalan terus manujuMU.
sekirannya aku terjerumus kepada perkara yang tidak benar, maka tariklah daku kembali ya Allah..
Pimpinlah daku, bimbinglah daku, tunjukilah daku, dan seluruh keluargaku dalam menujuMu sampai hari kiamat."


Bagi mereka yang sihat walafiat, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan. Namun bagi mereka yang mengalami masalah semput atau “athma” tentu berlaku sedikit kekusutan atau kebimbangan tentang inhaler yang biasa digunakan bagi mereka yang mendapat serangan athma / semput. 

Perlu diingat bahawa walaupun konsep ini hampir sama dengan suntikan, tetapi mengikut perkara yang membatalkan puasa ; memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja. suntikan tidak melibatkan rongga badan tetapi inhaler, ye.

Jadi bagaimana status inhaler dalam hukum islam ketika berpuasa?

Pendapat Ulama:
Ulama’ masa kini berselisih pendapat tentang penggunaan inhaler ini kepada dua iaitu:

Pendapat Pertama
Penggunaan inhaler tidak membatalkan mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baaz, As-syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Dr. As-siddiq Ad-Darir, Dr. Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi.

Pendapat Kedua:
Golongan ini berpendapat, penggunaan Inhaler membatalkan puasa dan tidak harus digunakan pada siang hari bulan Ramadhan kecuali pada waktu terdesak dan sangat diperlukan oleh pesakit sahaja. Orang yang menggunakan Inhaler pada siang hari bulan Ramadhan hendaklah mengqada’ puasa untuk hari itu.
Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Fadl Hasan Abbas, As-Sheikh Muhammad al-Mukhtar Sulami, Dr. Muhammad Alfai, As-Sheikh Muhammad Taqiuddin Al-Uthmani dan Prof. Dr. Wahbah Mustafha Az-Zuhaili.

sumber : مُفطِرات الصيام المعاصِرة“Mufthirat as-Siyam al-Mu’asirah” (Perkara-perkara Semasa Yang Membatalkan Puasa) yang ditulis oleh Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, pensyarah Universiti al-Qasim, Arab Saudi, [Dar Ibnu Jauzi, Arab Saudi, Cetakan Pertama, 1426H/2005M

Pendapat Penulis :

Kalau kita amati betul2,  pemakai inhaler tidak akan memakainya kecuali bila terdesak sebab tak boleh nak bernafas sahaja (salur nafas sudah sempit). Jadi pendapat kedua juga sebenarnya membolehkan. Namun, jika kita lihat sudut ibadah puasa itu sendiri, menjalani ibadah puasa meliputi diri kita dalam perjalan kehidupan sepanjang bulan puasa. Yang mana, ia meliputi perjalanan jasmani, jiwa dan jua nafsu kita. Kita sendir yang membataskan ibadah itu hanya sekadar makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa, lalu akan ditambah dengan amalan solat terawih dan tadarrus. sedangkan hati kita masih kotor, tidak ada detik untuk muhasabah, keinginan pun untuk kembali di waktu puasa, sedangkan dikatakan nafsu sudah di kongkong ketika berpuasa..jadi?..

Jikalau ketika membeli juadah nafsu kita pun membuak2…bagaimana itu?
ketika berpuasa pun kita masih bergossip, mengumpat, hasad, sombong. sum`ah, …bagaimana pula itu..
fikir fikirkanlah…