Bismillah...
Kebenaran itu adalah dari Allah dan milik ALLAH....
dan dari Allah juga kita memohon petunjuk, bukan selain dari NYA ( dari yang sehalus halus hingga yang senyata nyata )... dengan izinMU ya RAHMAN....
Salam penuh rahmat dan keberkatan....
Saudara saudaraku...
Empat golongan in adalah sebahagian daripada banyak golongan sendiri sendiri di dalam Islam. Sebenarnya ada banyak lagi...tetapi saya kira cukuplah empat ini kita jadikan sebagai contoh...
Dalam sudut perjuangan akhir zaman, cube kita lihat di manakah kita dengan golongan yang berpecah pecah ini...
Golongan sunni sibuk dengan mengatakan kekafiran syiah, begitu juga sebaliknya...Golongan tabligh pula sibuk dengan memperkatakan "Iman dan Amal" tanpa mendalami bahawa amal tanpa kesedaran dan penyerahan yang sebenar benar kepada ALLAH, itulah sombong. Islam bukan sekadar kurta dan serban ( saya bukan anti tabligh malah menyokong wadah asal yang diperjuangkan oleh pengasas tabligh). Dan pihak liberal pula, sudah jelas landasan mereka.....
mereka dari golongan masing masing sibuk mencanang kebenaran masing2. Namun, pernahkah kita duduk dalam keaadaan benar benar menyerah kepada ALLAH:
" Ya ALLAH, telah KAU khabarkan melalui rasulMu tentang fitnah akhir zaman. Aku takut ya ALLAH, aku sudah tergolong di dalam golongan itu. Tunjuki aku ya ALLAH, tunjuki aku akan kebenaran yang sebenar benarnya disisiMU ..."
Sesungguhnya fitnah yang paling dahsyat adalah fitnah dalam perihal agama. berhati hatilah.
Tidakkah ade ruang di kalangan kita dengan bertunjangkan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH" bersatu, dan menjadi satu dalam memperjuangkan umat Islam akhir zaman. InsyaALLAH, akan tiba jua waktu itu. Dan berdoalah kita agar dapat bersama sama dibelakang pemuda ini untuk menegakkan Islam yang sebenar benar di sisi ALLAH di akhir zaman.
Home
» fitnah akhir zaman
» perjuangan akhir zaman
» sunni dan syiah
» umat akhir zaman
» Di antara Sunni, Syiah, Tabligh dan liberal ....
Di antara Sunni, Syiah, Tabligh dan liberal ....
in
fitnah akhir zaman,
perjuangan akhir zaman,
sunni dan syiah,
umat akhir zaman
- on 9:38 PM
- No comments
Post a Comment