Perjalanan hidup makhluk Tuhan yang digelar insan

Bismillah,

Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa bersama kita...

Duhai saudaraku, perjalanan kita sebagai makhluk Allah yang digelar insan di dalam kehidupan ini adalah jelas dan terang sekali, untuk kembali kepadaNYA dalam keadaan redha lagi diredhai.

Namun begitu, acapkali diri ambe ini dan makhluk yang bernama insan yang lain tergelincir, terpelanting jauh dan terbenam ke arah lorong yang berbeza berbeza corak perjalanannya.Semua orang boleh dan mudah berkata " mencari redha Allah", namun adakah ucapan di bibir itu adalah satu ucapan yang benar disisi Allah?
adakah ucapan itu benar benar diterima Allah?

Saudaraku, ingatlah dan fikirkanlah....

adakah kita ini sudah benar, yakin dengan Allah Rabbul izzah sedangkan kita diri kita masih diselaputi kejahatan, hati dikelilingi sifat sifat mazmumah, dalam diri tertanam teguh tembok keduniaan yang tinggi, kesombongan yang tinggi.

Adakah solat yang kita lakukan tanpa ade khusyuk, fikiran melayang, membaca Al-Quran dengan hati dan ego yang tebal, boleh kita katakan kita sudah benar dengan Allah? Fikirkanlah....adakah itu sahaja perjalanan hidup kita di dunia ini?
makan , minum , solat yang tidak khusyuk , puasa yang hanya lapar dan dahaga, berserban dan berjubah putih tapi hati yang penuh sifat keji, kepala tunduk kebawah ketika melihat wanita tapi sebenarnya nafsu yang besar, berkata seperti baik tapi sebanarnya sombong yang amat sgt....

saudaraku, tidak perlu kita menunding orang lain, cube tanya diri sendiri. tak kira anda Ustaz ke , Habib ke, Ulama ke, Tuan Guru ke, pegawai kerajaan ke, orang besar ke...cube renungkan diri sendiri....Itulah diri kita. akan ade penafian dalam diri ( lebih lagi mereka yang tinggi ilmu agama kononya), dan itulah kesombongan yang amat sangat. Tidak bermaksud saya untuk menidakkan ilmu dari mereka yang di katakakan berilmu, balik dari al-Azhar mesir, yaman, dan mekah , ilmu tuan guru agama yang besar, ataupun habib-habib sampai nasab kepada Rasulullah, Ilmu itu semua adalah dari Allah. tapi kemana arah kita itu yag penting, kearah ilmu atau kearah Allah. Rasa diri sendiri boleh bagitau perkara ini.

Saudaraku, rahmat adalah milik Allah dan dgn rahmat Allah jualah kita bisa kembali kepadaNYA dalam keadaan radha Allah. kita hidup bukan selama salamanya, tapi akhirat itulah yang selama lamanya...ramai manusia sebanarnya tidak faham apakah dia selama lamanya itu.....

" Ibarat seekor burung yang datang dan menjatuhkan biji sawi ke dunia ini setiap seribu tahun, dalam satu masa, dunia ini akan penuh juga dengan biji sawi, tapi akhirat kelak tidak akan ade kesudahannya, tidak akan penuh biji sawi.....itulah selama lamanya"