Telah di umumkan bahawa minyak petrol RON95 akan naik 20 sen berkuat kuasa minggu depan di negara kita. Maka aktifla kembali bicara politik berkenaan isu minyak di kalangan orang awam, tak ketinggaln juga di tempat kerja saya. Ade yang mempersoalkan isu urus niaga dan eksport minyak petronas, yang mana kadarnya lebih tinggi dari minyak di negara yang lain. Ade yang mempersoalkan isu subsidi , yang mana penjimatan untuk subsidi itu akan hilang entah ke mana. Begitu juga isu kenaikan harga minyak yang akan di sertai dengan pesta naik harga oleh barang dagangan yang lain, terutamanya makanan, bermakna akan meningkatlah lagi kadar inflasi di negara kita.
Baru semalam saya di kejutkan dengan kedatangan surat dari pihak bank yang mengatakan bahawa BFR telah naik selaras dengan kenaikan OPR kepada lebih 30 %. Dan itu juga bermakna saya akan membayar lebih tinggi ansuran rumah start bulan nih. Namun ape yang ingin di kongsikan adalah bagaimana kita sebagai orang awam menguruskan situasi sebegini. Pertikaman lidah di kedai makan, hentaman di internet dan lain aliran hanya setakat mengalirkan air di daun keladi, malah tidak di serap hatta 1 milimeter padu pun air yang di alir. Maka harus kita berbalik kepada keadaan di mana minyak telah naik sampai RM 2.70 satu liter. perngurangan perbelanjaan tidak semestinya tepat...tapi perbelanjaan yang bijak itu kuncinya. Membeli sesuatu yang sepatutnya.
Berdoa mudahan ALLAH memberi keberkata kepada segala rezqi kita. Kerana rezqi yang sikit tapi berkat, amat mencukupi buat kita yang hidup di muka bumi ini. Sebagai orang awam, kembalilah kita kepada ALLAH, merayulah kepada ALLAH, senang dan susah itu juga datang dari ALLAH.
Post a Comment