peringatan buat pusat zakat

Dalam dua minggu lepas, aku temankan seorang sahabat. Sahabat aku tu, kerjanya wartawan. Tak payahlah aku sebutkan suratkhabar mana, atau majalah mana. Malam Itu, dia ajak aku temankan dia berjumpa dengan seorang ibu tunggal yang juga seorang muallaf.

Dipendekkan cerita, pertemuan kami malam tu, penuh dengan keluh kesah. Aku kesian betul tengok nasib akak tu. Tentang nasibnya yang malang. Kisahnya tentang terima ujian Allah yang datang bertimpa-timpa bila dia memeluk Islam.

Tapi, yang paling aku tak tahan, bila dia bercerita tentang pusat zakat. Menyirap aku dengar cerita akak tu. Paling tak syok sekali, kata akak tu, pusat zakat layan orang-orang macamnya (muallaf) macam layan anjing kurap!

"Bila ada orang Melayu, dia orang dahulukan orang Melayu biarpun kami yang datang dulu. Mana adil macam ni. Islam tak pernah ajar utamakan bangsa. Islam ajar kita tentang keadilan. Saya tahulah, kerani tu bangsa Melayu, tapi dia pekerja institusi agama, dia tak bolehlah jadi berat sebelah. Bila dia buat macam tu, hilang respek saya.

"Ada banyak lagilah perangai-perangai dia orang yang buatkan kami kecil hati. Bahasa dia orang pada kami pun semacam aja kasarnya. Kadang-kadang rasa menyampah nak berurusan dengan pusat zakat. Letih naik turun lif berkali-kali pasa birokrasi. Sampai saya pernah terfikir, kalau macam ni layanan orang Islam pada saudara baru, baik saya tukar agama lain,"

Bila aku dengar cerita akak tu, teringat semasa aku bersembang dengan orang kuat PERKIM, Ustaz Ann Wan Seng. Masa kami bersembang, ketika berbual-bual tentang topik zakat, Ustaz Ann Wan Seng berceritalah tentang ramainya saudara-saudara baru yang mengadu. Adu mereka, pusat zakat layan mereka macam anjing kurap.

Dan malam ni, sekali lagi aku dengar kenyataan macam itu, keluar dari mulut seorang saudara baru.

Kadang-kadang, pusat zakat ni pun satu. Yang berlagak tak tentu pasal tu pasal apa? Kadang-kadang yang berlagak ni, bukan orang berpangkat, tetapi kerani-kerani biasa ni. Dia orang ni yang lebih-lebih tunjuk belang. Aku rasa la kan, pekerja-pekerja pusat zakat ni kena 'sekolah'kan sikit ler. Bagi diaorang faham, zakat tu apa, untuk siapa dan kenapa ada sistem zakat...

note: inilah dia sikap orang melayu kita...suka pilih bulu..pusat zakat nih pun macam tuh...kira sedara JAKIM jugak la nih...tak buat kerja, tapi bila di tanya , kerja banyak melambak....tak ingatke diaorang bila kena jawab kat padang mahsyar nanti....

source:pajnisihelng.blogspot.com