6. Wanita muslim memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti
yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yangbergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Wanita muslim memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplahdengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang
sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah
tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi
fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang
boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32
surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Wanita muslim memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Wanita muslim tidak guna kain tudungyang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
peribadi wanita muslim 1
Peribadi wanita muslim 2
in
kisah wanita muslimah,
peribadi wanita muslim,
wanita muslim
- on 2:22 AM
- No comments
Post a Comment