Adat orang berjalan di muka bumi ini

Adat orang berjalan di muka bumi ini...
janganlah engkau derhaka dengan nikmat ALLAH
janganlah engaku angkuh dengan pemberian ALLAH
Janganlah engkau sombong dengan hamba hamba ALLAH

Adat orang berjalan di muka bumi ini....
jagalah lidah-mu sebelum ia melukakan orang lain
jagalah tingkah laku-mu sebelum ia membinasakan orang lain
janganlah mendongak ke langit kerana angkuh,
bukan juga menunduk ke bawah kerana asa yang putus
tapi ikutlah resmi berisi,
semakin berat, semakin merendah diri....

Adat orang berjalan di muka bumi ini...
bersabarlah
kerana ia akan membentuk kekuatan pada dirimu
juga pahala yang besar di sisi ALLAH
Jangan engkau berkeluh keash,
kerana itu kelemahan ketara bagi dirimu...

Adat orang berjalan di muka bumi ini....
Carilah ilmu sedalam mana yang kau mampu
kerana ilmu itu kekuasaan yang pertama
Cari lah kebendaan sebanyak mana yang kamu mampu
kerana kebendaan itu adalah kekuasaan yang kedua
Namun,
jangan kecintaan kamu kepada sesuatu itu membuat kamu lupa
pada yang maha mencipta-ALLAH S.W.T

Ibn Faldan