Wanita berkerjaya : kemudahan yang dipandang mudah

Suatu hakikat yang tidak dapat di tolak oleh manusia, samada berdasarkan dalil a`kliah mahupun nakliah dari Qalamullah, AL-Quran, ialah sifat semula jadi lelaki dan wanita yang berbeza.Dilihat dari perspektif agama, sains dan psikologi, terdapat berbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita dari segi biologikal, fizikal, mental dan spiritual. Namun perbezaan berbezaan ini bukanlah penentu tinggi atau rendahnya darjat antara kedua-duanya, tetapi perbezaan terjadi sejajar dengan peranan khusus yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.
Maha suci ALLAH, Tuhan yang menjadikan lelaki dan perempuan - masing-masing mempunyai kelebihan untuk melengkapi dan membantu kelemahan antara satu sama lain.

            " Orang-orang mu`min lelaki dan wanita sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar." (At-Taubah  : 71)



Inilah soal prinsip yang harus difahami sebelum kita menghalusi lebih jauh perihal isteri yang bekerjaya mampu memantapkan rumahtangga atau sebaliknya. Menurut Islam, peranan wanita haruslah berlandaskan kedudukan dan taraf mereka berdasarkan syara` dan bukan pemberian hak yang seratus peratus sama seperti kaum lelaki. Peranan dalam keluarga dan masyarakat harus jelas, walaupun terdapat bidang yang boleh diceburi bersama oleh lelaki dan perempuan.
 Persoalan hak kesamaan untuk wanita ini sudah berlaku sejak zaman sahabat lagi, di mana ketika Ummul Mu`minin Ummu Salamah pernah menyuarakan untuk penglibatan yang lebih luasbagi wanita Islam. Maka hasrat itu telah di jawab terus oleh ALLAH S.W.T dalam firman-Nya yang bermaksud:

            " Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan ALLAH kepada sebahagian kamu yang lebih banyak dari sebahagian yang lain kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi kaum wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada ALLAH kurnia-Nya. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa:32)

Dalam keadaan ideal, yakni ketika suami mempunyai kemampuan yang cukup menyara keluarga, maka wanita tidak seharusnya mempunyai tuntutan untuk mencari nafkah. Menyara keluarga adalah tangungjawab sepenuhnya keatas suami. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

            "Kaum lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka." (An-Nisa :34)

Ayat diatas sudah cukup untuk menjadi hujah bahawa lelaki adalah yang mencari nafkah. Namun suasana yang ideal itu tidak dapat dikecapi pada setiap masa lebih-lebih lagi pada masa kini. Cabaran dari luar dan dalam telah menyebabkan umat Islam lemah dari segi material, mental dan spiritual. Jika kita lihat sekarang, ramai pasangan yang mana kaum lelaki yang malas bekerja, tidak mahu bekerja keras sedikit untuk menyara keluarga, terlibat dengan perkara yang munkar dan tidak menghiraukan hal rumah tangga langsung. Maka bagi pihak isteri, mereka tentu merasa bahawa kegunaan suami untuk mencari nafkah bagi keluarga sudah tiada guna lagi, dan mereka harus mengambil alih tanggungjawab tersebut. Penambahan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi juga menjadi satu punca dimana wanita berfikir secara logik bahawa mereka juga ade hak untuk bekerja seperti mana lelaki, setelah mereka bersusah payah semasa belajar di institusi pengajian tinggi.
Bagi isteri yang berkerjaya, perlulah dilaksanakan secara berhati hati agar dapat mengenal antara mencari harta kerana desakan hidup atau mencari kerana sifat materialistik mereka sendiri, agar tidak berlaku ibarat kata pepatah " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".
 Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud :

            " Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau (lelaki ) memandang kepadanya,maka dia membuat engkau gembira, dan kalau engkau kepergia, maka dia menjaga nama baikmu."


1 comments:

Salam. Saya minta izin untuk ambil petikan sedikit di atas untuk dimuatkan dalam blog saya, untuk renungan kwan-kawan saya.

Reply