china di kejutkan kembali pula dengan Hantavirus


Baru sahaja pandemik COVID-19 mula menurun di China, tiba-tiba dunia dikejutkan lagi dengan virus terbaru dikenali sebagai 'HantaVirus'. 




Menurut portal berita Anadolu China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus.



Mangsa pertama Hantavirus itu merupakan seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

"Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu," petik portal berkenaan.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.

Sedikit Infor tentang Hantavirus:

* Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia.

* Menurut Perkhidmatan Kesihatan Awam Kanada, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus.

* Gigitan tikus didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.

* Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.

* Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.