Pemilihan Kebinat Muhyiddin

Assalamualaikum.

Kita belok sikit, cerita sikit pasal politik malaysia...




Perjalanan Politik Muhyiddin bermula kembali dalam aturan kabinetnya. Dan yang paling penting, wajarkah mereka yang sedang di bicarakan di masukkan kembali dalam kabinet beliau?
 Siapa yang memegang kerusi no.2?

 Sudah tentunya Zahid mungkin dilantik jadi timbalan perdana menteri sebab dia presiden UMNO ( sepatutnya perdana menteri) tetapi disebabkan Zahid ni ada kes di mahkamah dan mungkin nanti pembangkang akan tuduh ada conflict of interest dan akan mempengaruhi keputusan mahkamah maka kenalah penyokong UMNO pertahankan presiden. Sebab presiden memang perlu pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

 BEKAS Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof antara disebut-sebut sebagai calon Timbalan Perdana Menteri kabinet kerajaan baharu

 Azmin Ali? Masih jauh lagi jalan dia rasanya..

 Tuan Ibrahim Tuan Man? kerusi PAS tak banyak, kena bagi UMNO la kot

 Hishammuddin ? Tidak konsisten peranan beliau dalam pembangunan Ummah/bangsa. Takde impact.

 Abang Johari? Masakan dia mahu meniggalkan kerusi yang membolehkan memperjuangkan nasib orang SARAWAK. kalau dia pergi, sapa yang boleh bekerja seperti dia?

 Tok Mat? Tok Mat ini kalau di pilih, rasa majoriti sokong. peranan beliau dia memangku jawatan Presiden, beri Impak yang besar. Hubungan diantara parti juga nampak akrab (Azmin, Mhyiddin dsb)  Cakap tak melalut. Tak banyak perkara panas mengenai beliau. Cuma satu, dia tidak licik sebagai ahli politik Malaysia.

 Ini cuma pandangan Hamba. Mudahan Muhyiddin berpegang pada prinsip aturan yang boleh diterima majoriti. Nak kata semua, mustahil nak puaskan nafus penduduk Malaysia. Di terima majoriti, itu sudah cukup. Kalau boleh yang rakyat sudah muak , tak payahla kot masuk balik. yang memang buat keje, masukkan balik....


kalau boleh , pujuk bekas menteri kesihatan ( AMANAH) untuk masuk Bersatu supaya dia boleh dipilih semula jadi Menteri Kesihatan.


 Najib, Zahid Hamidi, Adnan , dan mereka2 yang ade kes lagi dan rakyat sudah muak dengan pemimpin ketika dulu...Harap tak perlu tergedik gedik lagi nak kerusi kebinet. Silap2 kang PRU 15 kang rakyat cantas balik Buat Muhyiddin, walaupun Perikatan Nasional majoriti Melayu,

Ingat , negara kita pelbagai bangsa. harus tidak bertindak perkauman. Walupun UMNO, PAS atau Bersatu, mereka yang kuat perkauman tidak boleh menduduki kerusi Kebinet. Sekian

sumber :pro-muhyiddin.blogspot.com/

Catatan nurani : Ini di sebut Sunnatullah. Benda yang terjadi di Malaysia sejak kebelakangan ini, dan juga seluruh dunia harus membawa kita untuk berfikir " Adakah pengakhiran di sini sudah dekat?"
Ramai yang diberitahu , ramai juga yang tahu . Namun terlalu ramai yang tidak menyadari serta bersedia di kala tiba tiba....