Riwayat Politik Malaysia dan perjalanan hidup seorang hamba

Assalamualaikum.. Tabir peperangan politik Malaysia sudah kembali reda nampaknya. Kita tunggu dulu sehingga persidangan Dewan Rakyat kelak. Peperangan fasa 2 mungkin akan tercetus kembali. Umum sudah mengetahui, tahun 2020 adalah tahun visi untuk Malaysia maju 2020. Dan inilah yang berlaku. Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana perjalanan cerita ini akan berkesudahan..

Muhyiddin dapat mempertahankan benteng?
Anwar Dapat memecahkan tembok yang baru di ikat batunya?

Rakyat sudah lama tidak memandang Raja sebagai kedaultan negara, dan kali ini Agong membuat keputusan berdasarkan peranan YDPA sebagai pemegang kedaulatan negara.

Lalu apa reaksi rakyat? seperti biasa, yang menyokong muhyiddin akan bergembira. Yang menyokong selain dari dia, akan meroyan dan mencaci institusi beraja.

Benarkah yang menyokong?
Benarkah yang mencaci?
Beginikah sebenarnya Perjalanan hidup seorang muslim yang diajari oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W?

Sudah kita jatuh, terlangkup pula itu....sedar sedar diri sudah tidak bernafas.... Mati dalam keadaan gembira, atau mati dalam keadaan marah...Dua dua adalah kerana dunia


Di dalam perjalanan sebenar kita. semua sudah lupa kepada perjalanan ABAM dan juga Ashraf sinclair...(Mudah perjalan mereka di permudahkan oleh ALLAH)


Ingat,

Dalam perjalanan kita, dunia ini perlu kerana mengikut syariat,

seperti mendayung sampan, perlukan air. ketika mendayung biasa aja air akan masuk ke sampan, lalu akan di buang kembali supanya sampan berjalan lancar. tapi kalau ari tidak di cedok, lama kelamaan akan menyebabkan sampan tenggelam dan karam. Lalu bagaimana sampan ingin terus mangharungi perjalanan ?

 begitulah juga dunia ini, seperti air.

 fikir fikir kanlah.